Yamaha dan Maverick Vinales berpisah

Gambar: Monster Energy Yamaha MotoGP

Maverick Vinales menamatkan kontrak bersama Yamaha setahun lebih awal. Sebelum ini, diketahui konflik antara Yamaha dan Maverick Vinales semakin tegang, dan akhirnya Maverick Vinales dan Yamaha bersetuju untuk mengakhiri kontrak mereka hujung musim ini.

Maverick Vinales dan Yamaha bersetuju untuk memberi komitmen dengan baki musim 2021.

Kata Maverick,

“Kerjasama ini sangat penting bagi saya sejak lima tahun ini, dan ini membuktikan keputusan untuk berpisah ini sukar. Sepanjang musim-musim bersama, kami mencapai pencapaian hebat dan ada masa yang sukar. Walaubagaimanapun, apa yang berlaku (keputusan ini) adalah persetujuan bersama. Saya komited sepenuhnya dan akan berusaha untuk mencapai keputusan baik sepanjang musim ini”

Buat masa ini belum rasmi lagi kemana hala tuju Maverick Vinales musim hadapan, walaupun dikaitkan dengan Aprilia untuk musim 2022.