WSBK: Rea ke MotoGP, Andrea Iannone Diketepikan

Khabar angin yang menyatakan beliau akan mengambil-alih tempat Andrea Iannone hanya satu gosip semata-mata. Jonathan Rea merupakan juara dunia kejohanan Superbike Dunia tahun 2015, 2016 dan sudah berada sebelah genggaman beliau untuk bergelar juara dunia buat kali ketiga berturut-turut pada tahun ini. Pada hujung minggu yang lalu beliau berjaya memenangi kedua-dua perlumbaan di Portugal telah menjarakkan pungutan mata yang begitu jauh dihadapan rakan sepasukan Tom Sykes dengan 120 mata dihadapan.

Walau bagaimanapun terdapat spekulasi yang menyatakan beliau akan menggantikan tempat Andrea Iannone yang kini tampak prestasi beliau agak sedikit merundum masih bergelut dengan masalah menyesuaikan diri bersama jentera Suzuki GSX-RR untuk kejohanan MotoGP yang bertaraf dunia ini.

Jonathan Rea – “Tiada kenyataan rasmi dari saya dan Suzuki, saya gembira berada di kejohanan Superbike Dunia, hati saya tetap berada di Superbike. Saya masih lagi terikat dengan kontrak sehingga tahun 2018, begitu juga Andrea Iannone. Saya menganggap spekulasi ini datang dari prestasi Iannone yang tidak cemerlang jadi saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang ini.”

Pada tahun 2012, Rea telah dibawa masuk ke pasukan Repsol Honda sebagai pengganti Casey Stoner yang telah mengalami kecederaan pada ketika itu. Beliau berjaya menduduki tempat ke-8 dalam perlumbaan San Marino, di Misano dan tempat ke-7 untuk perlumbaan di Motorland Aragon, Sepanyol. Setelah Casey Stoner kembali beraksi setelah pulih dari kecederaan, Jonathan Rea kembali beraksi ke kejohanan Superbike Dunia.

sumber – newsletter.co.uk

credit photo – KRT WSBK