Usaha SIC Dalam Pembentukan Bagi Melahirkan Juara Dunia

Sidang media bersama Sepang International Circuit (SIC) yang telah mengetengahkan salah satu program dari “SIC Talent” dalam pembentukan pemandu dan juga pelumba untuk meningkatkan lagi sukan permotoran Malaysia ke arena yang lebih tinggi setanding dengan negara-negara besar. SIC telah menghantar pemandu mereka menyertai siri perlumbaan Le Mans perlumbaan 4 roda di bawah pasukan Jackie Chan DC Racing X JOTA. Jazeman, Weiron dan Afiq di antara pelumba yang akan bekerjasama dengan pasukan pelakon yang sangat terkenal di seluruh dunia tersebut, manakala Nabil pula akan bekerjasama dengan pasukan Eurasia Motosport. SIC juga telah menyertai satu lagi kejohanan World Endurance Championship (WEC) Super Series 2018/2019 yang buat pertama kali dalam sejarah sukan permotoran 4 roda di Malaysia, bersama pasukan Jackie Chan DC Racing X JOTA.

Muhammad Idil dan Muhammad Izam, dua yang terbaik diantara 5 pelumba program Impian ke MotoGP akan bersaing dalam kejohanan CEV yang akan bermula di Estoril Portugal pada 24 Mac ini. Disamping itu juga mereka akan turut berlumba dalam kejohanan ARRC untuk kategori 250cc dan perlumbaan anjuran SIC, kejohanan MSBK. Ini adalah untuk memberi pendedahan dan memberi mereka menimba pengalaman sebanyak dan secepat yang mungkin. Tiga lagi pelumba akan turut bersaing di Cub Prix Malaysia kategori Wira dan kejohanan MSBK sebelum beralih ke arena yang lebih tinggi dan kesemua pelumba mesti berada dalam program Impian ke MotoGP sekurang-kurangnya 3 tahun.

SIC juga telah memberi sedikit perkembangan pelumba dari kejohanan dunia MotoGP, Moto2 dan Moto3 untuk perlumbaan pembukaan di Qatar pada hujung minggu lalu. Dalam kategori Moto3, Adam dan Sasaki telah memulakan musim 2018 dengan baik dengan membawa pasukan tersebut berada di posisi ke-6 keseluruhan. Manakala perlumbaan pertama Zulfahmi walaupun sudah dijangka sedikit sukar tetapi beliau ada menunjukkan keputusan yang positif dan berharap Zulfahmi akan terus menunjukkan peningkatan pada pusingan seterusnya.

Terakhir sekali pelumba utama dua roda, Hafizh Syahrin yang merupakan pelumba Malaysia pertama dan pelumba Asia Tenggara dalam perlumbaan kelas utama MotoGP. Ditambah pula kejayaan beliau dengan mengutip 2 mata pada perlumbaan hujung minggu lalu juga menjadi sejarah buat sukan permotoran dua roda di Malaysia.

Dato Razlan – “Ia adalah satu proses yang akan berterusan, sementara kami berbangga kerana Hafizh Syahrin berlumba di kelas utama MotoGP. Kami mahu melihat dan menyokong pemandu dan pelumba untukke tahap yang lebih tinggi iaitu kejohanan dunia. Kami akan terus bekerja dan begitu juga mereka. Kami telah memberikan yang terbaik untuk mereka, jadi mereka harus mempunyai visi yang jelas untuk masa hadapan mereka.”

Impian ke MotoGP

  1. Muhammad Izam Ikmal – FIM CEV Repsol, ARRC dan MSBK
  2. Muhammad Idil Fitri – FIM CEV Repsol, ARRC dan MSBK
  3. Mohd Daniel Syahmi – MSBK dan Cub Prix + Wildcard ATC
  4. Danial El Fahim – MSBK dan Cub Prix
  5. Muhammad Harith Haziq – MSBK dan Cub Prix

sumber & photo – Sepang International Circuit