“Tidak semestinya kena menang, masih awal lagi dalam kejuaraan (Juara Dunia)” – Jack Miller

Pelumba MotoGP pasukan Ducati Lenovo, Jack Miller, menamatkan perlumbaan di Litar Antarabangsa Losail Ahad lepas di tempat ke-9 selepas menghadapi masalah pada tayar beliau. Manakala rakan sepasukan Miller, Pecco Bagnaia menamatkan perlumbaan di tempat ke-3. Lebih menarik, Johann Zarco dari pasukan Pramac, juga menggunakan jentera Ducati, berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-2.

Jentera Ducati sememangnya konsisten memberikan prestasi yang sangat baik di Litar Losail. Terdahulu, pada tahun 2018 dan 2019, Ducati memenangi dua GP Qatar bersama Andrea Dovizioso.Apabila di soal sama ada Jack Miller merasakan bahawa beliau perlu memenangi perlumbaan di GP Doha hujung minggu nanti,

Jack Miller berkata,”Tidak semestinya MESTI menang, masih awal lagi dalam kejuaraan (Juara Dunia)”

“Saya rasa matlamat saya sama setiap hujung minggu,” jawabnya.

“Kami tidak bernasib baik hujung minggu lalu, tetapi kami tahu masalahnya, kami tahu apa yang berlaku, kami dapat memperbaiki masalah tersebut, dan akan melakukan yang lebih baik pada hujung minggu ini. Yang pasti, kami akan berusaha semaksima mungkin untuk berada hampir dengan kelompok hadapan, sekiranya tidak berada di hadapan”

Mengulas mengenai masalah tayar yang beliau hadapi minggu lepas, Jack Miller berkata terdapat ‘getaran aneh’ pada tayar belakang beliau.

“Terdapat getaran aneh pada tayar belakang. Saya tidak dapat pergi laju seperti apa yang saya mahukan ketika di selekoh”

“Sukar untuk saya ulas lebih lanjut masalah tersebut. Masalahnya hanyalah berkaitan dengan tayar”Pusingan kedua MotoGP, GP Doha, akan bermula pada 2 hingga 4 April 2021.

Gambar – Ducati Corse