“Tidak mustahil pelumba Malaysia boleh bergelar Juara Dunia”

Pada 12 haribulan November, sesi temubual bersama CEO Onexox dan pemilik pasukan OTST, pelumba negara Azlan Shah, bekas pelumba dan pengurus pasukan Shahrol Yuzy dan di wawancara oleh Ustaz Muhammad Imran zulkafli. Ianya satu sesi temubual yang santai, ringkas tetapi padat dengan informasi yang kita perlu dengar. Sedikit banyak maklumat yang Motortvmy ingin tahu adalah menyertai perlumbaan pada peringkat tinggi seperti CEV, dan Juara Grand Prix ‘MotoGP’. Jadi sedikit sebanyak informasi yang kita dapat tahu dengan lebih jelas bukannya memandai-mandai membuat kesimpulan sendiri

Pasukan
Bila cukup peruntukan dan pembelanjaan untuk pasukan, maka tiada masalah pasukan tersebut dibekalkan dengan casis jentera, peralatan yang hebat. Ketika sesi bual bicara tersebut ada juga disebut pasukan yang mempunyai kewangan yang banyak dan kukuh kebanyakannya adalah pasukan yang selalu menjadi juara dunia. Diperjelaskan lagi bahawa jentera, casis juga mempunyai pakej-pakej tersendiri, seperti pakej A untuk juara, pakej B, pakej C dan pakej selagi boleh. Dalam masa itu juga khidmat ‘Data Engineer’ dan krew yang berpengalaman juga sangat-sangat diperlukan dan yang pasti gaji mereka kena dibayar ataupun kontrak diikat bersama mereka untuk beberapa tahun.

Lain pula jika seseorang pelumba itu telah ditaja oleh pengeluar dari negara mereka. Seperti mana pasukan HTA ketika ini mempunyai pelumba dari Indonesia dan Thailand, mereka telah ditaja oleh Honda Indonesia dan Honda Thailand untuk berlumba didalam pasukan HTA. Jadi siapa yang bayar lebih sudah tentu jentera mereka lagi hebat yang lain pelumba hanya perlu melakukan kerja mereka. Jadi sokongan daripada pengeluar juga teramat penting untuk mengetengahkan pelumba negara menjadi juara dunia, tetapi di Malaysia?

Pelumba
Untuk pelumba apa yang diperjelaskan daripada ‘Data Engineer’ menggalakkan mempunyai pengalaman ataupun jumlah ‘mileage’ yang tinggi untuk lebih berdaya saing.

Dalam sesi temubual tersebut Azlan ada menyatakan bahawa ketika beliau pernah menyertai satu pasukan dan pasukan atau Data engineer tersebut menyarankan beliau untuk menggunakan data yang sedia ada dalam pasukan itu. Ini bermakna Azlan Shah berlumba dengan menggunakan data pasukan itu bukannya data yang diberikan oleh Azlan Shah sendiri. Jadi agak sukar untuk beliau berlumba dengan keadaan yang tidak selesa dan data yang bukan daripada beliau sendiri.

Peruntukan Kerajaan
Sangat MENDUKA CITA, itu sahaja yang boleh diungkapkan.

Terima kasih buat Dato B kerana sedikit sebanyak memberikan fakta dalam pengurusan sebuah pasukan di peringkat antarabangsa untuk peminat sukan permotoran di Malaysia mengetahui dengan lebih jelas. Sedikit banyak beliau cuba untuk membuat sejarah dengan membawa pelumba Malaysia untuk menjadi Juara Dunia dan itu tidak mustahil dan disetujui oleh ahli panel lain pada malam tadi.

Jadi mana-mana individu yang pandai-pandai membuat spekulasi atau cerita sendiri pastikan anda adalah pengurusan pasukan yang pernah bertanding di peringkat Dunia. Sila hentikan sebarang spekulasi yang tidak benar.

Photo – ONEXOX TKKR