“Terima kasih Ducati dengan kuasa yang ada pada Desmosedici” – Zarco

Kenangan manis telah dilakarkan pada perlumbaan pertama Johann Zarco bersama-sama pasukan Pramac Racing telah membuahkan hasil podium, sememangnya mereka sangat gembira dengan keputusan ini. Walaupun hampir tewas dengan Joan Mir dari pasukan Suzuki Ecstar tetapi apa pun situasi boleh terjadi dalam sesuatu perlumbaan. Apa yang menariknya Johann Zarco dan Pecco Bagnaia seakan-akan berpakat untuk tidak memberi peluang kepada Joan Mir pada pusingan terakhir perlumbaan hujung minggu lalu. Kedua-dua ini menggunakan kelebihan jentera Desmosedici yang mempunyai kelajuan yang tinggi berbanding jentera lain.

“Tetap Tenang dan tunggu peluang keemasan yang ada”
Johann Zarco – “Ketika Maverick memintas Pecco. Saya berfikir yang jentera saya mempunyai kelajuan untuk mengikuti Maverick tetapi selalu tergelincir pada tayar belakang. Ketika itu Joan Mir mula memintas saya dan saya tahu Ducati memiliki enjin yang hebat dan saya mampu untuk memintas beliau kembali. Kami akan mengkaji dan bersiap sedia untuk perlumbaan seterusnya”

Walaupun perlumbaan tersebut rasa terlalu lama, tetapi Johan Zarco menyatakan tetap gembira dengan “Perlumbaan yang baik” merupakan pencapaian terbaik beliau sejak bersama Ducati, berjaya menduduki kedudukan ketiga ketika di Brno musim 2019. Beliau menyatakan pada awal perlumbaan sangat selesa dan beliau hanya mengikuti rapat Pecco untuk menyimpan sedikit langkah pada saat-saat akhir.

MotoGP Live

Johann Zarco – “Pada pusingan terakhir walaupun tayar belakang saya selalu tergelincir tetapi saya cuba mengawalnya dengan tenang. Ketika itu saya di pintas oleh Joan Mir tetapi saya tidak membiarkan beliau pergi jauh untuk meninggalkan saya. Joan Mir memintas saya di sudut selekoh 15 dan beliau membuat kesilapan di sudut selekoh 16. Terima kasih kepada kuasa yang ada pada ducati, saya cuba mengambil peluang dan berjaya memintas beliau di jalan yang lurus”