SuperKIP Bersara Awal Menjadi Persoalan Peminat Sukan Permotoran

Pada 7 hari bulan Disember, Astro Arena telah membuat satu video temubual ekslusif bersama pelumba Malaysia Khairul Idham Pawi. Berita tergempar ini menjadi kecoh kerana Khairul Idham Pawi telah menyatakan hasrat beliau untuk bersara dalam sukan permotoran. Tetapi kenapa begitu mudah Khairul Idham Pawi ‘KIP’ mengundur diri dari arena permotoran ini. Banyak daripada ‘kehidupan’ instagram beliau, temubual bersama Astro Arena dapat dilihat beliau banyak memberi petunjuk “hint”. Beliau seperti hilang arah semenjak kecederaan pada jari beliau, sepertinya KIP sangat memerlukan dorongan dari segi mental dengan situasi beliau. Tetapi hanyalah mendapat dorongan dari keluarga dan kenalan rapat yang jauh di Malaysia. KIP juga memberitahu beliau ingin keadaan orang di sekeliling perlu memainkan peranan

Beliau juga menyatakan beliau menginginkan kemenangan, dan tiada pelumba yang mahukan kekalahan.

Sejarah KIP

Ramai yang menggelar beliau Raja Litar Basah, tetapi sebenarnya beliau laju dengan kedua-dua keadaan Litar (kering dan basah). Sebelum beliau menyertai CEV, beliau merupakan juara Asia Dream Cup 250, dan Cub Prix kategori Wira. Pada tahun 2015 merupakan kali pertama beliau bertarung dengan pelumba dari Eropah dan beliau berjaya menduduki tempat ke-6 dalam kejohanan CEV. KIP berjaya menaiki podium sebanyak tiga kali pada tahun itu dan juga berada di kedudukan 10 terbaik sebanyak 8 pusingan. Pada tahun 2016 beliau melangkah masuk ke Moto3 sebagai pelumba muka baharu “rookie’, jadi ianya merupakan permulaan sejarah beliau dalam arena permotoran bertaraf dunia.

Beliau berjaya mencipta sejarah pelumba Malaysia pertama yang menaiki podium kemenangaan di kedudukan pertama di Argentina dan German, tetapi adakah itu kemenangan atau akibat keadaan litar yang basah. Dalam 30 pelumba dan beliau berjaya meninggalkan pelumba di posisi ke-2 dengan perbezaan masa 26 saat, ini semestinya data yang diberikan oleh beliau untuk beliau memecut laju ketika kepada krew adalah tepat. Harus diingatkan pada tahun itu merupakan tahun pertama beliau dalam Moto3 dan jentera yang ditunggang beliau tidak 100% sama seperti CEV dan beliau berjaya mencipta sejarah. Sejarah adalah sejarah yang perlu senantiasa dikenang dan diketengahkan untuk memperingatkan dicontohi oleh generasi baru kelak. Di Argentina juga beliau sekali lagi berjaya meninggalkan pelumba di posisi ke-2 dengan lebih 11 saat di belakang. Semenjak itu beliau digelar ‘King of Wet Race’ di Moto3.

Dengan prestasi yang amat membanggakan di tahun pertama kemunculan di Kejuaraan Dunia, Khairul Idham Pawi telah dinaikkan ke Moto2 pada tahun 2017. Walaupun tidak bersedia tetapi beliau akur dengan keputusan pengurus Tadayuki Okada. Sememangnya agak sukar untuk KIP menyesuaikan diri dengan jentera Moto2 pada tahun 2017 dan 2018 sebelum beralih ke pasukan Petronas Sprinta Racing 2019. Tahun 2019 kita dapat melihat beliau sudah serasi bersama jentera Moto2 dan bekerjasama dengan mekanik Malaysia Habib. Tetapi malang buat KIP yang mengalami kecederaan pada pusingan ke-4 di Jerez pada tahun itu sehingga penghabisan musim, dan tempat beliau diambil alih oleh beberapa pelumba seperti Adam Norrodin, Mattia Pasini, Jonas Folger dan Bradley Smith. Selepas itu beliau kembali tetapi di kategori Moto3 tetap bersama pasukan Petronas Sprinta.

Musim 2020, Khairul Idham Pawi menghadapi musim yang sukar, beliau tidak dapat memungut sebarang mata, malah tidak mampu untuk bersaing rapat dengan pelumba lain. Prestasi KIP yang merundum musim ini menimbulkan beribu persoalan buat ramai pihak, sehingga beliau telah disingkirkan dari pasukan Petronas Sprinta untuk musim 2021.

Andaian & Spekulasi

Berbagai andaian dan spekulasi keluar selepas beliau disingkirkan oleh Petronas Sprinta, dan keadaan menjadi kecoh. Ada yang menyokong beliau disingkirkan dan ada juga yang mahu nasib KIP dibela. Tetapi apakah yang terjadi KIP pada musim ini masih menjadi tanda tanya.

  • KIP sudah tidak lagi mampu berlumba (trauma)
  • Krew KIP lebih kecil bilangan berbanding Krew John McPhee yang lebih ramai
  • Tetapan pada Jentera tidak sama
  • Jentera itu lansung tidak sama
  • Berlainan penaja, siapa bayar lebih motor dia lebih laju
  • Berlainan spesifikasi, A, B dan C
  • Kekurangan Sokongan dan Dorongan dari segi Mental dari Pasukan

Namun, dakwaan perbezaan jentera dan layanan antara pelumba pasukan di sangkal oleh prinsipal pasukan Petronas Sprinta, Razlan Razali.

Apa sebenarnya konflik yang berlaku antara Khairul Idham Pawi, dan Pasukan Petronas Sprinta tinggal tanda tanya. Hanya mereka yang benar-benar terlibat mengetahui perkara yang sebenar. Apa pun yang terjadi, Khairul Idham Pawi melakar sejarah sukan permotoran Malaysia, menjadi pelumba pertama memenangi perlumbaan di Kejuaraan Dunia. Walau apa jalan yang dipilih Khairul Idham Pawi di masa akan datang, semoga Khairul Idham Pawi, atau lebih dikenali sebagai SuperKIP kembali bangkit dengan semangat yang baru.