Shell Malaysia Motorcycle GP 2017, Luar Biasa

Shell Malaysia Motorcycle GP 2017 di Sepang berakhir dengan menyaksikan pertempuran Andrea Dovizioso dan Marc Marquez untuk merebut gelaran Juara Dunia MotoGP akan diketahui pada perlumbaan di Valencia nanti, aksi pelumba negara yang memberikan kepuasan kepada pengunjung.  Pengunjung yang hadir dari serata dunia, juga pengunjung tempatan semakin meningkat turut hadir memberi sokongan padu buat pelumba mereka di litar Sepang ini.

Gerai-gerai jualan yang sentiasa dipenuhi oleh pengunjung untuk mendapatkan barangan-barangan yang sempena MotoGP 2017 dengan melakukan aktiviti cabutan bertuah dan pelbagai lagi. Seramai lebih 90,000 pengunjung yang hadir pada hari perlumbaan semalam, ada pengunjung tiba seawal pagi, ada yang membawa anak-anak kecil, satu keluarga juga turut hadir bagi memeriahkan acara terbesar ini.

Keadaan cuaca yang baik walaupun sedikit panas tetapi ianya tidak menghalang pengunjung untuk terus menonton perlumbaan serta membeli belah di gerai-gerai jualan yang menawarkan harga potongan pada hari terakhir. Hujan turun seketika sebelum perlumbaan MotoGP bermula membuatkan pengunjung berasa teruja untuk  menyaksikan aksi perlumbaan menggunakan tayar hujan (wet tyre).

Pada tahun ini Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2017 dianggap berjaya, kerana peningkatan mendadak dari pengunjung yang hadir, penglibatan dari syarikat-syarikat besar yang terlibat dalam permotoran, pengurusan yang cekap dari Sepang International Circuit dan Dorna (FIM). Terima buat pelumba negara yang bertungkus lumus dihadapan peminat di Malaysia, kerana anda telah mengangkat nama negara keperingkat yang lebih tinggi. Terima kasih juga buat SIC kerana memastikan pelumba negara tidak terabai, tidak mematikan sukan permotoran di Malaysia dengan begitu sahaja. Jumpa lagi Sepang pada tahun hadapan dengan lebih luar biasa.