Shell Malaysia MotoGP 2017, Bakal Melakar Sejarah Tersendiri

Shell Malaysia MotoGP kini sudah pun bermula dengan ketibaan pelumba ke Malaysia, pelbagai aktiviti disediakan untuk mereka sebelum bermulanya hari perlumbaan pada hujung minggu ini.  Majlis beramah mesra bersama peminat, sesi bergambar, aktiviti sukan-sukan yang terkenal di Malaysia juga telah dianjurkan oleh organisasi-organisasi di Malaysia. Bahang Shell Malaysia MotoGP sudah semakin hampir dalam beberapa hari lagi akan melakar sejarah ianya yang tersendiri pada tahun 2017. Pada awal bulan oktober lalu, Sepang Internatioanl Circuit telah menganjurkan sukan perlumbaan Formula 1 buat kali terakhir di Malaysia dan SIC menyatakan akan memberi tumpuan yang lebih kepada sukan permotoran seperti MotoGP, Endurance yang kini lebih ramai peminat berbanding Formula 1. Tidak dapat dinafikan kenaikan jumlah penonton MotoGP di Malaysia yang meningkat secara mendadak ketika ini. Dengan adanya pelumba tempatan yang mempunyai bakat untuk bergelar juara satu hari nanti.

Untuk kejohanan dunia kategori Moto3 kini sudah menjadi milik pelumba dari Sepanyol Joan Mir, dari pasukan Leopard Racing. Romano Fenati pula berada ditempat kedua masih lagi tidak selamat dengan persaing terdekat Fabio Di Giannantonio. Wakil tuan rumah dari pasukan SIC Racing Adam Norrodin dan juga rakan sepasukan Ayumu Sasaki juga diberi mandat besar untuk memberikan aksi yang terbaik untuk penonton yang mengunjungi litar Sepang nanti. Tidak lupa juga pelumba yang diberi “Wild Card” Kasma Danial wakil dari Petronas Sprinta yang sama-sama akan beraksi pada hujung minggu ini.

Bagi Moto2, Hafizh Syahrin dan Khairul Idham Pawi pula perlu menggalas tugas yang besar. Banyak harapan telah diberikan kepada mereka berdua pada perlumbaan hujung minggu ini, Hafizh Syahrin selaku pelumba senior perlu memberikan keputusan yang baik kerana beliau kini berada ditahap prestasi yang membanggakan. Franco Morbidelli dan Thomas Luthi masih lagi berebut takhta sebagai juara dunia kejohanan Moto2, berkemungkinan juara ini akan diketahui pada perlumbaan terakhir di Valencia nanti. Mereka juga merupakan rakan sepasukan untuk MotoGP 2018 bersama pasukan Marc VDS Racing.

MotoGP, pilihan utama kejohanan yang menjadi bualan hangat buat masa ini untuk perlumbaan yang baru berlansung di Phillip Island. Perlumbaan yang dikatakan perlumbaan epik untuk musim 2017, aksi kejar-mengejar diantara pelumba-pelumba yang sememangnya mempunyai bilangan peminat yang begitu ramai. Marc Marquez, Valentino Rossi, Maverick Vinales. Johann Zarco dan Andrea Dovizioso sentiasa memberikan aksi yang tidak membosankan di Phillip Island. Marc Marquez kini hampir mengejar kejuaraan dunia MotoGP buat kali ke-4, manakala Dovizioso pula mengejar kejuaraan pertama beliau setelah 10 tahun beraksi dikelas MotoGP.

Dato Razlan Razali – “Shell Malaysia MotoGP 2017 akan menjadi minggu yang mempunyai sejarahnya tersendiri buat pengunjung kerana juara dunia kejohanan MotoGP masih belum dimiliki oleh sesiapa. Saya pasti ianya akan memberikan perlumbaan yang mendebarkan di Sepang nanti. Dengan peningkatan mendadak peminat-peminat untuk menyokong wira tempatan, Tahun ini kita mempunyai 4 pelumba Malaysia yang akan bersaing, kami teruja untuk melihat penonton memberikan sorakan dengan semangat yang tinggi untuk pelumba tempatan. Ianya pasti akan meningkatkan moral dan mendorong pelumba tempatan memberi saingan nanti. Hafizh Syahrin telah menghadiahkan 2 podium baru-baru ini dan saya mengharapkan beliau dapat memberikan hadiah tersebut sekali lagi dihadapan penyokong di Malaysia.”

Jualan tiket seperti pisang panas kini sudah habis dijual, SIC juga telah menyediakan Karnival MotoGP pada hujung minggu ini dengan 99 khemah gerai untuk dikunjungi, Pengeluar jentera dari Ducati, Yamaha, Boon Siew Honda, Kawasaki, KTM dan BMW juga turut menyertai pada hari tersebut. Begitu juga jenama-jenama barangan motorsikal seperti GIVI, Racing Boy, Petronas, Liqui Moly, Go Pro, Motul serta penaja utama bagi acara terbesar di Asia Tenggara ini Shell yang menawarkan pelbagai tawaran kepada pengunjung. Jadi mari kita beramai-ramai memberikan sokongan yang padu buat acara ini, buat pelumba negara, buat penganjur dan apa yang penting keselamatan untuk penyokong perlu diutamakan supaya acara ini dapat berjalan dengan baik.

sumber & credit photo –¬†Sepang International Circuit