Sepang Sudah Dibanjiri Pengunjung Serata Dunia

Shell Malaysia Motorcycle GP 2017, Sepang sudah mula dibanjiri oleh pengunjung-pengunjung serata Dunia terutamanya dari negara-negara yang berdekatan dengan Malaysia, seperti Indonesia, Thailand, Australia, Jepun dan lain-lain negara. Pada hari jumaat dengan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan oleh pihak Sepang International Circuit diantaranya sesi autograf bersama pelumba-pelumba Moto3, Moto2 dan MotoGP di hadapan pintu masuk main grand stand.

Aktiviti melawat lorong pit di paddock utama untuk pemegang tiket main grand stand yang melibatkan lebih dari 1,000 pengunjung pada petang semalam. Jualan-jualan lebih 99 booth juga sentiasa dipenuhi oleh pengunjung yang ingin mendapatkan aksesori serta barangan motorsikal. Dijangkakan pada hari ini jumlah pengunjung akan meningkat lebih kepada 40,000 dan pada hari perlumbaan ahad ini lebih 90,000 pengunjung.