Senarai Nama Pelumba Untuk Musim 2020 – MotoGP, Moto2 & Moto3

Berikut adalah perubahan mendadak yang berlaku pada senarai-senarai nama pada minggu lepas. Kekecohan perubahan senarai nama ini bermula dari pengumuman persaraan Jorge Lorenzo, serta-merta berlaku perubahan secara besar-besaran. Kemasukan Alex Marquez ke MotoGP yang akan bersama-sama dengan abang beliau Marc Marquez. Augusto Fernandez menggantikan tempat Alex Marquez untuk pasukan Marc VDS dan buat sementara waktu khidmat Hector Garzo diperlukan untuk pasukan Pons Racing.

Paling terbaru yang menyedihkan dimana Karel Abraham digugurkan dari pasukan Ducati Avintia. Pasukan tersebut telah menawarkan tempat tersebut kepada pelumba Perancis iaitu Johann Zarco. Pertukaran ini telah disahkan oleh pasukan Ducati Avintia sendiri di laman media mereka.

Berikut adalah barisan senarai-senarai pelumba (sementara) dari kategori MotoGP, Moto2 dan Moto3 untuk musim 2020 yang akan bermula pada bulan Mac 2020

Senarai Nama Pelumba MotoGP – 2020

Untuk kategori Moto2 dan Moto3 kali ini diberi lebih tumpuan kerana mempunyai tiga pelumba Malaysia yang bakal berentap pada tahun hadapan. Kembalinya Hafizh Syahrin ke Moto2 dan baru sahaja selesai ujian pertama beliau di Valencia. Beliau akan bekerjasama dengan pasukan Angel Nieto yang menggunakan casis Speed Up. ONEXOX TKKR SAG telah menggemparkan peminat sukan permotoran dengan membawa masuk pelumba muda Kasma Daniel untuk kategori Moto2 dengan ini kategori Moto2 akan kembali bersinar di Malaysia.

Tidak dilupakan lagenda Moto3 2016, Khairul Idham Pawi kembali beraksi di Moto3 pada tahun hadapan. Beliau sendiri yang ingin kembali ke Moto3 dengan harapan dapat memberi impak yang besar pada musim hadapan. Walaupun 2019 beliau kurang bernasib baik tetapi itu tidak menghalang beliau untuk kembali berlumba di bawah pasukan Petronas Sprinta.

Senarai Pelumba Nama Moto2 – 2020

Senarai Nama Pelumba Moto3 – 2020