“Saya terlupa nak tekan butang ‘Launch Control’!” – Alex Rins

Pelumba pasukan Suzuki Ecstar, Alex Rins bermula dari P9 di perlumbaan pembukaan GP Qatar Ahad lepas, dan menamatkan perlumbaan di posisi ke-6. Alex Rins gagal memperbaiki posisi di awal Grand Prix Qatar kerana lupa mengaktifkan ‘Launch Control’.

“Saya terlupa tekan butang ‘Launch Control’, dan amat sukar untuk saya kawal kuasa dari jentera”

“Permulaan perlumbaan saya tidaklah begitu teruk, tetapi selalunya saya mampu untuk naik 2 atau 3 posisi. Tetapi kali ini (GP Qatar), agak sukar, saya terpaksa berusaha lebih untuk mendapat kembali masa (rapatkan jarak) dengan pelumba, saya rasa kami musnahkan tayar”

‘Launch Control’ merendahkan RPM kepada apa yang pelumba serta pasukan rasa optimum untuk memecut dari garisan permulaan. Tanpa peranti tersebut, pelumba masih mempunyai “anti-wheelie” dan kawalan tarikan (traction control), tetapi RPM perlu di’jinak’kan.

Di pertengahan perlumbaan Ahad lepas, Alex Rins berjaya naik sehingga posisi ke-4, namun jentera hilang cengkaman tayar, dan turun ke posisi ke-6.

Gambar – Suzuki Esctar

“6 pusingan sebelum Joan Mir memintas saya di pusingan ke-18, saya menghadapi kesukaran pada tayar belakang. Saya berusaha keras di pertengahan perlumbaan untuk memperbaiki masa saya, tetapi apabila bersaing bersama pelumba lain, saya mula hilang masa”

“Tetapi rentak saya baik, jadi kita akan cuba lagi di pusingan akan datang”

“Pertama sekali, saya akan pastikan saya tekan butang ‘Launch Control’ (ketawa)! Kita akan lihat bagaimana kami (Suzuki) akan mula nanti (perlumbaan akan datang). Saya akan menggunakan stategi yang sama. Saya akan mencari peluang untuk memintas dengan lebih bijak. Misalnya, saya ada peluang untuk memintas Ducati di selekoh akhir, saya akan tunggu dulu, kerana jika tidak, di jalan lurus, Ducati akan memintas saya lagi, kan?”

Perlumbaan seterusnya adalah pada hujung minggu ini di litar yang sama, Qatar.