‘Saya Mahukan Hafizh Sepanjang Musim 2018’ – Poncharal

Hafizh yang telah melakukan debut sulung beliau untuk kelas utama MotoGP di Buriram pada minggu lalu kini menjadi perbualan hangat oleh media-media antarabangsa dan tempatan. Kini status beliau menjadi tanya oleh netizen, terutamanya peminat-peminat dari Malaysia. Hafizh yang berjaya menyempurnakan ujian pra-musim baru-baru ini dikatakan berjaya memikat hati pengurus pasukan Yamaha Tech 3 serta ahli-ahli krew dalam pasukan tersebut.

Herve Poncharal – “Saya mahu Hafizh bersama pasukan kami sepanjang musim 2018 ini, tetapi pertama sekali saya perlu menyakinkan rakan-rakan kongsi saya. Tiada kata putus lagi buat masa ini, walau bagaimanapun tidak dinafikan saya akan berasa kecewa jika tidak dapat persetujuan tersebut. Bagi saya sudah menemui pelumba yang sesuai dengan apa yang kami cari. Dengan penarikan diri Jonas Folger pada awal tahun ini keadaan menjadi kelam-kabut dan kami pasti ada penyelesaian yang terbaik.”

Bukan itu sahaja, Dato Razlan juga telah memuat turun status baru yang menunjukkan gamba 3 buah jentera dari pasukan SIC Racing dan Petronas Sprint. Beliau memaksudkan kurang satu lagi jentera dari Yamaha Tech 3 kepunyaan Hafizh Syahrin. Manakala khabar berita dari Buriram pula memberitahu bahawa ada kargo yang dalam perjalanan menuju ke Sepang.

Andaian dari Motortvmy, semuanya telah diatur lebih awal. Hafizh Syahrin sudah pasti akan menyertai pasukan Monster Yamaha Tech 3 pada musim ini, mungkin perjanjian selama satu musim sahaja. Mengenai kargo jentera M1 yang di alamatkan ke sepang adalah untuk membuat majlis pelancaran atau untuk mengambil gambar ataupun ada latihan tertutup buat Hafizh Syahrin untuk lebih mengenali jentera beliau dengan lebih cepat. Ini kerana lagi 9 hari untuk ujian pra-musim terakhir yang akan berlansung di Qatar dan seterusnya perlumbaan pertama pada 18hb Mac ini.

photo – Monster Yamaha Tech 3