Repsol Honda: Kemenangan MotoGP ke-100

Dani Pedrosa dan Marc Marquez berjaya berada kedudukan 1 dan 2 pada perlumbaan dengan penuh gemilang dan bersejarah di Grand Prix Sepanyol pada hujung minggu lalu. Ini bukan sahaja perlumbaan Grand Prix ke-3000 sejak Kejohanan Dunia perlumbaan bermula pada bulan Jun 1949, ia juga kemenangan ke-100 bagi pasukan Repsol Honda sejak penyertaan “four-stroke” mereka pada tahun 2002.
Ia juga merupakan kejayaan pertama Dani Pedrosa untuk musim 2017 ini menyempurnakan 3 kemenangan Honda pada hujung minggu lalu untuk setiap kategori, Moto3 oleh Aron Canet dari pasukan Estrella Galicia jentera Honda NSF250RW, Alex Marquez kategori Moto2 dari pasukan Marc VDS. Kejayaan ini telah meningkatkan nama Honda untuk penyertaan sepanjang zaman Grand Prix dengan 729 kemenangan, yang bermakna Honda telah memenangi hampir satu perempat daripada 3000 jumlah perlumbaan merentasi enam kelas yang telah dipaparkan dalam kejohanan: 50cc, 125cc, 350cc 250cc, 500cc dan MotoGP. 5 kali 500cc juara dunia Mick Doohan (Repsol Honda NSR500) yang memenangi perlumbaan sebagai mercu tanda ke-2000 di Suzuka, Jepun pada bulan April 1997.
Pelumba “Spaniard” Pedrosa dan Marquez telah mendominasi perlumbaan sebagai tuan rumah pada hujung minggu. Pedrosa yang mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan dan ujian masa merupakan satu faktor kejayaan, kemenangan terakhir beliau pada September di San Marino. Pedrosa telah memenangi perlumbaan yang ke-30 dalam penglibatan karier beliau di MotoGP dan beliau kini telah berusia 31 tahun.

sumber – hondaproracing.com