Red Bull ingin menarik diri dari pasukan Tech3?

Gambar: Red Bull KTM Tech3

Di laporkan dari GPOne dan juga Speedweek.com, Red Bull sebagai penaja utama pasukan Red Bull KTM Tech3 ingin menarik diri dari menaja pasukan tersebut hujung musim ini walaupun kontrak sepatutnya tamat pada hujung tahun 2021.

Khabar angin mengenai Red Bull dan Tech3 ini sudah pun didengari sejak pusingan di GP Styrian, walaupun Miguel Oliveira, pelumba pasukan Red Bull KTM Tech3 berjaya menjuarai perlumbaan tersebut. Sekiranya benar khabar angin ini, pasukan Tech3 bukan sahaja hilang penaja besar untuk pasukan MotoGP, malahan untuk pasukan Moto3.

Hervé Poncharal enggan mengulas mengenai berita ini.


“Saya tidak terlibat dengan rundingan itu. Semuanya terletak di tangan KTM”

Sudah tentu perkara ini akan memberikan tamparan yang hebat buat pasukan Tech3. Rundingan asal adalah pihak Red Bull bersetuju untuk menaja pasukan Tech3 di kategori Moto3 dan MotoGP sehingga hujung tahun 2021.

Sejauh mana khabar angin ini, kita tunggu kenyataan rasmi.