Program Impian ke MotoGP Digalas Zulfahmi & Ahmad Zamani

Zulfahmi dan Ahmad Zamani akan menggalas tanggungjawab pencarian bakat program Impian ke MotoGP.

Dua nama yang tidak asing lagi di arena sukan permotoran negara Zulfahmi dan Ahmad Zamani, walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya serta mengurus pasukan di Asia Road Racing Championship mereka tetap akn memberi komitmen sepenuhnya untuk melahirkan pelumba yang bertaraf dunia.

Zulfahmi Khairuddin:

 “Saya gembira dapat berkongsi pengetahuan saya dengan pelumba muda ini. Selepas bertahun-tahun berlumba di peringkat antarabangsa, kini saya rasa sudah mempunyai pengalaman yang cukup untuk memberi sedikit ilmu kepada generasi muda dan melihat sukan permotoran Malaysia bergerak ke arah yang lebih baik.” kata Zulfahmi.

Ahmad Zamani :

“Ini adalah platform yang terbaik untuk pelumba muda tempatan yang mempunyai cita-cita yang kuat untuk memajukan serta meningkatkan diri ke peringkat antarabangsa. Saya percaya kita akan dapat melihat dan melahirkan pelumba yang lebih berkualiti dan akan dapat ditemui dengan program inisiatif seperti ini. “

FIM CEV Repsol Race Calendar
25 March 2018 Estoril, Portugal
29 April 2018 Valencia, Spain
19 May 2018 Le Mans, France
10 June 2018 Barcelona, Spain
29 July 2018 Aragon, Spain
30 September 2018 Jerez, Spain
14 October 2018 Albacete, Spain
25 November 2018 Valencia, Spain