Penilaian pertama – Sut perlumbaan Fabio Quartararo berfungsi dengan normal

Perlumbaan Grand Prix Catalunya Ahad lepas mencetus pelbagai persoalan susulan insiden sut perlumbaan Fabio Quartararo terbuka ketika perlumbaan. Menurut Fabio dalam sesi temu bual selepas perlumbaan, sut tersebut terbuka dan beliau hanya sedar ketika perlumbaan berbaki lagi 5 pusingan, dan sut tersebut sudahpun di berikan kepada Alpinestars untuk pemeriksaan lanjut.

Pihak Alpinestars sebentar tadi tampil memberi penjelasan tentang insiden tersebut dengan memuat naik ciapan di laman Twitter @alpinestars:

“Selepas perlumbaan MotoGP pada hari Ahad di Litar Barcelona-Catalunya, pasukan Alpinestars Racing Development memulakan siasatan ke atas sut perlumbaan Fabio Quartararo.”

Twitter @alpinestars

“Analisis awal selepas perlumbaan di lakukan di trak Alpinestars Racing Development yang terletak di paddock MotoGP, pasukan (Alpinestars) mendapati sut tersebut berada dalam keadaan normal dengan semua zip dan pengikat berfungsi sepenuhnya. Tambahan lagi, semua komponen pada sut perlumbaan, termasuk Sistem Airbag Tech-Air®, utuh dan berfungsi sepenuhnya”

Twitter @alpinestars

“Sistem Beg Udara Tech-Air® tidak dikeluarkan ketika perlumbaan, berfungsi seperti biasa, kerana tidak ada situasi kemalangan”

Twitter @alpinestars

“Ini hanyalah penilaian pertama, siasatan lebih lanjut akan dilakukan sebaik sahaja sut berada di makmal Alpinestars di ibu pejabat Alpinestars, dengan melakukan semua ujian dan analisis untuk memahami lebih lanjut mengenai punca apa yang berlaku”

Twitter @alpinestars

Berbalik kepada Fabio Quartararo, selepas sesi ujian Catalunya #CatalanTest pada hari Isnin (7 Jun 2021), dalam sesi temu bual Fabio berkata,

“Ya, pertama sekali apabila saya ingat kembali tentang apa yang berlaku (Ahad), dan sekarang cerita pun selesai, saya boleh gembira, kerana sukar untuk diakui, tetapi bagi saya itu adalah bendera hitam”

“Memang saya meletakkan diri saya dalam bahaya dan dengan apa yang berlaku minggu lalu, saya rasa perkara tersebut adalah perkara yang betul”

Fabio Quartararo dikenakan penalti 3 saat susulan insiden zip sut perlumbaan terbuka, dan tidak memakai pelindung dada di GP Catalunya.