3 Pelumba Malaysia Galas Cabaran SUZUKA 8 Hours, Kibarkan Jalur Gemilang

Sejak terciptanya pada tahun 1962, litar Suzuka telah menjadi tuan rumah dalam pelbagai pertandingan antarabangsa termasuk Formula 1 Grand Prix, MotoGP dan Kejohanan Dunia Endurance Motorbike. Litar ini adalah salah satu daripada beberapa litar menawarkan perlumbaan 8 jam lebih daripada 5.821 km.

Edisi pertama Suzuka 8 Hours ditandingi pada bulan Julai tahun 1978. Suzuka 8 Hours adalah ujian ketahanan motosikal yang telah menarik para pelumba paling banyak di MotoGP. Mike Baldwin yang telah memenangi edisi pertama  bersama dengan Wes Cooley.
Antara pemenang lain yang pernah menyertai Suzuka 8 Hours: Graeme Crosby (1980), Herv√© Moineau (1983), Wayne Gardner (1985, ’86, ’91 dan ’92), Dominique Sarron (1989), Kevin Magee (1988) Rainey (1988), Eddie Lawson (1990), Mick Doohan (1991), Daryl Beattie (1992), Scott Russell (1993), Tadayuki Okada (1995), Noriyuki Haga (1996) 2011) dan Valentino Rossi (2001).
Dajiro Kato, yang sudah menjadi pemenang pada tahun 2000, merupakan penunggang Grand Prix yang terakhir untuk melangkah ke plat pada 2002. Pada tahun 2015, pelumba MotoGP dengan kemenangan Katsuyuki Nakasuga, Pol Espargaro dan Bradley Smith (Yamaha Factory ).
Untuk tahun 2017, Suzuka 8 Hours yang akan berlansung pada 28 – 30hb Julai ini. 3 Pelumba dari Malaysia telah dipanggil untuk berlumba bersama pasukan masing-masing, pelumba yang terdiri Hafizh Syahrin, Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah. Hafizh Syahrin (Rider Red) yang akan bersama pasukan Kagayama akan menunggang jentera Suzuki GSX-R1000 L7, rakan sepasukan beliau Yukio Kagayama (Rider Blue) dan Naomichi Uramoto (Rder Yellow).
Zaqhwan Zaidi (Rider Red) pula akan berlumba bersama pasukan SatuHati Honda Team Asia (CBR1000RR) dan akan bergandingan bahu bersama Dimas Ekky Prtama (Rider Blue) dari Indonesia dan Ratthapong Wilairot (Rider Yellow) dari Thailand. Ini merupakan wakil-wakil dari negara jiran yang akan bersama-sama bersaing dalam 8 Hours. Manakala pelumba yang tidak asing bagi kita, Azlan Shah (Rider Red) akan mewakili pasukan Kawasaki Green (ZX10 RR) bersama Kazuma Watanabe (Rider Blue) dan Leon Haslam (Rider Yellow).
Terdapat juga pelumba dari kelas MotoGP dan WSBK yang akan menyertai Suzuka 8 Hours pada tahun ini seperti Jack Miller dan Taaki Nakagami wakil dari pasukan Musashi RT HARC-PRO Honda. Manakala 3 pelumba yang tidak asing lagi seperti Stefan Bradl, Dominique Aegerter dan Randy de Puniet yang merupakan dalam satu pasukan F.C.C TSR Honda. Alex Lowes dan Micheal Van der Mark pula akan mewakili pasukan Yamaha Factory Racing.
Walaupun perlumbaan akan berlansung pada hujung bulan Julai, tetapi mereka kini telah berada di Jepun untuk melakukan sesi latihan bagi mengenal pasti jentera masing-masing serta rakan sepasukan mereka. Diharap pelumba negara dapat menimba pengalaman yang tinggi dengan penyertaan merekan dalam perlumbaan yang berprestij ini. Bukan calang-calang pelumba yang pernah menyertai Suzuka 8 Hours mereka semuanya terdiri daripada “Legend” dalam dunia sukan permotoran.

credit photo – FizzyIlham

motortvmy FB