“Pelumba Berbakat Tidak Akan Terhasil Dengan Hanya Satu Malam” – Dato Razlan

Semalam berlansungnya sesi sidang media mengenai perjalanan aturan trafik untuk acara terulung di Malaysia pada hujung mingu ini di Sepang. Shell Malaysia MotoGP 2019 akan berlansung selama tiga hari bermula pada hari jumaat ini akan dikunjungi ratusan ribu pengunjung. Hasil kerjasama pihak Polis untuk membantu program ini berjalan dengan lancar seperti pada tahun-sebelum ini. Tetapi pihak-pihak lebih tertumpu untuk mengetahui lebih lanjut perihal susun atur dan perancangan SIC terhadap pelumba negara.

Ketika ditanya soalan mengenai pemilihan pelumba negara untuk kategori Moto2 dan Moto3 juga Hafizh Syahrin yang akan bersama pasukan Angel Nieto.

Dato Razlan – ‘Kami telah umumkan secara rasmi pelumba Moto3 dan Moto2 kami. Manakala untuk pelumba Malaysia pula jika mereka tidak bersedia, kami takkan mengambil mereka pelumba Malaysia untuk berada di Pasukan Malaysia. Jika kami sengaja mengambil mereka untuk berlumba sudah tentu peminat akan menyokong, tetapi jika mereka tidak dapat buat yang terbaik mereka akan dikritik dan demotivasi.’

Tambahan lagi oleh Dato Razlan

Dato Razlan – ‘Jadi kami menghantar mereka ke peringkat CEV untuk mereka lebih bersedia dan merebut juara dalam kategori tersebut. Semua ini akan mengambil masa kerana untuk program pembangunan sukan permotoran tidak akan terhasil dengan satu malam sahaja. Program ini kini dalam tahun yang kedua, ada beberapa pelumba yang berpotensi dan kita tengah mengasah bakat-bakat mereka untuk persediaan pada tahun 2021 di kategori Moto2 dan Moto3.”

Nampaknya ada sedikit sebanyak kenyataan Dato Razlan terpaksa diterima, ini kerana jika pelumba Malaysia sendiri tidak bersedia juga akan menerima kritikan dari peminat-peminat sukan permotoran. Tetapi kata-kata Dato ingin mereka bersedia pada 2021 haruslah ditunaikan dan seharusnya pelumba negara juga bangkit dan bersedia untuk berada di arena lebih tinggi.