“Mungkin selepas perlumbaan saya sampaikan perkara tersebut terlalu kasar” – Franco Morbidelli

Pada Ahad lepas, pelumba pasukan Franco Morbidelli dari Petronas Yamaha Sepang Racing yang menamatkan perlumbaan di posisi yang ke-18. Ternyata kecewa dan berang dengan keputusan serta masalah yang dialami, sejurus tamat perlumbaan dan di temubual oleh MotoGP.com, Franco Morbidelli berkata,

“Saya tahu saya bukannya yang utama untuk Yamaha pada masa ini,”

“Saya tidak tahu secepat mana mereka akan ambil peduli tentang masalah ini. Saya harap mereka akan mengambil masalah ini dengan serius,” jelas Morbidelli.

Namun, dalam temu bual Khamis lalu, Franco Morbidelli secara terbuka mengakui,

“Mungkin selepas perlumbaan saya sampaikan perkara tersebut terlalu kasar – kerana adrenalin, keputusan yang tidak baik, dan juga perasaan kecewa”

“Apa yang saya cuba maksudkan, sudah pasti saya tidak berada dalam senarai utama mereka. Mereka ada pelumba dari pasukan kilang (Yamaha) lain yang perlu diambil berat. Itu sudah pasti”

“Saya tertanya-tanya mengenai tempoh masa mereka akan membantu saya (masalah yang dihadapi) dan akhirnya tempoh masa itu amat baik. Mereka memberi saya sokongan yang baik dan dengan masa dan cara yang betul. Semuanya baik sahaja”

“Apa yang saya katakan pada hari Ahad adalah wajar. Saya kata saya mungkin bukan pelumba utama di Yamaha. Tetapi tidak mengapa, kerana saya betul. Memang saya bukan pelumba utama. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna saya marah dengan Yamaha atau marah pada sesiapa”

“Selepas perlumbaan (GP Qatar), saya hanya tertanya-tanya dan saya akhirnya mendapat jawapan dengan baik. Saya gembira dengan perkara tersebut. Apa yang saya katakan selepas perlumbaan itu adalah perkara biasa”

Pada sesi latihan bebas hari pertama GP Doha, Franco Morbidelli mencatat masa ke-7 terpantas dengan catatan masa 1:53.699, dan rakan sepasukan Valentino Rossi mencatat masa ke-14, dengan catatan masa 1:54.112.