MSBK: Pusingan ke-3 Yang Lebih Mencabar

Malaysia Superbike Champions pusingan ke-3 telah berlansung dengan cuaca yang baik dan pada satu ketika hujan turun yang tidak menimbulkan sebarang masalah untuk meneruskan acara tersebut, siaran lansung yang boleh ditonton melalui SIC Facebook Live untuk tatapan peminat sukan permotoran Malaysia. Bagi yang lebih gemar menonton secara dekat, menikmati deruman ekzos telah datang ke litar Sepang Grandstand dengan kemasukan tanpa bayaran. Sambutan amat menggalakkan dari peminat-peminat yang hadir untuk menyokong pasukan-pasukan yang menyertai MSBK ini. Tiada kemalangan yang teruk berlaku pada 3 hari tersebut. Pada perlumbaan pusingan ke-3 kali ini juga telah diadakan bersama Asian Talent Cup yang telah memasuki pusingan ke-4.

Kategori yang telah berlansung pada 3 hari tersebut

1)Superstock (A dan B)
2)KTM RC390 (Orange dan Silver)
3)Superbike (A dan B)
4)Open 250 (A dan B)
5)Supersport (A dan B)

Superstock (A dan B)

Nor Hafiz Azman yang menunggang jentera CBR1000RR sekali lagi berjaya mengekalkan momentum dengan memenangi perlumbaan pertama pada hari sabtu, diikuti Jonathan Serrapica (Yamaha R1) untuk tempat ke-2 dan tempat ke-3 Mohd Radzi Omar (CBR1000RR). Pada pusingan ke-2 berlansung pada hari ahad, Nor Hafiz Azman yang satu ketika mendahului perlumbaan di kelompok hadapan dengan perbezaan masa 19 saat tetapi 2 pusingan terakhir rantai pada jentera beliau telah terkeluar menyebabkan beliau terpaksa berhenti dan memasukkan kembali rantai ke spocket serta merta menyambung kembali perlumbaan sehingga ke garisan penamat ditempat ke-6. Jonathan Serrapica telah memenangi perlumbaan kedua ini diikuti oleh Mohd Radzi Omar tempat ke-2 dan Adib Zulfadly tempat ke-3.

Untuk kumpulan B pula persaingan diantara Jamalul Tarmizi dan Lee Wai Hong sentiasa berubah-ubah, malang buat Jamalul pada perlumbaan pertama DNF selepas 10 pusingan dan dimenangi oleh Lee Wai Hong. Tetapi pada perlumbaan kedua Jamalul Tarmizi berjaya menebus kembali dengan memenangi perlumbaan dan diikuti pula oleh Lee Wai Hong tempat ke-2.

 

 

 

 

 

 

Superbike (A dan B)

Perlumbaan pertama terpaksa diberhentikan (red flag) seketika kerana ada tumpahan minyak dari garisan permulaan sehingga ke selekoh pertama (turn 1) dan ianya menyebabkan perlanggaran 5 buah jentera yang terlibat diantaranya Ramdan Rosli, Jouni Karhu, Rajini Krishnan tidak dapat meneruskan perlumbaan. Perlumbaan bagi Superbike diungguli oleh Farid Badrul Hisham (BMW HP4) dengan kemenangan di perlumbaan pertama dan kedua.

Kumpulan B pula, Zulazmyalif dari pasukan Sportsrider Racing berjaya mengutip mata penuh untuk pusingan ke-3 ini dengan memenangi kedua-dua perlumbaan pada hujung minggu ini.


 

 

 

 

 

Supersport (A dan B)

Ismail Smajli dan Iqbal Quzaimy adalah dua pelumba yang selalu bersaing rapat dipusingan ke-2 pada bulan May lalu. Pusingan ke-3 pula mereka sekali lagi berentap untuk mengutip mata penuh dan mengekalkan kedudukan keseluruhan mata. Pada perlumbaan pertama Ismail Smajli (ZX6R) sekali lagi berjaya memenangi tempat pertama diikuti oleh Iqbal Quzaimy (R6) dari pasukan ARD Racing dengan perbezaan masa 1.8 saat di belakang. Tempat ke-3 pula dimenangi oleh Khurana Dhiraj (CBR600). Perlumbaan kedua, Iqbal Quzaimy bermula dengan baik mendahului dengan perbezaan masa lebih 2 saat di hadapan Ismail Smajli. Tetapi nasib beliau kurang baik apabila terlibat dalam kemalangan sendiri dan gagal meneruskan perlumbaan, sekali lagi kemenangan buat Ismail Smajli yang berjaya mengutip mata penuh.

Liam Taylor dalam kumpulan B kurang dicabar oleh pelumba lain, beliau berjaya memenangi kedua-dua perlumbaan.


 

 

 

 

 

Open 250 (A dan B)

Aiman Tahiruddin yang menunggang jentera Yamaha R25 tampak sukar dicabar oleh pelumba lain pada perlumbaan pertama, tetapi pencabar terdekat beliau Muhammad Jazli (Kawasaki 250) sentiasa mengikuti rapat di belakang beliau. Tetapi malang buat Muhammad Jazli yang tidak dapat menghabiskan perlumbaan kedua. Pada perlumbaan kedua di tempat ke-2 telah dimenangi pelumba dari Indonesia iaitu Surya Narayana.


 

 

 

 

 

KTM RC390 (Orange dan Silver)

Pada perlumbaan pertama pelumba dari Australia Billy van Earde telah berjaya memenangi bagi kelas Orange. Ibrahim Norrodin untuk kelas Orange sentiasa sukar dicabar, pada perlumbaan kedua beliau berada di kedudukan ke-2 tewas dengan Daniel Haiqal yang berjaya memenangi bagi kelas Orange. Untuk kelas Silver Jazil Juraimi tidak mengalami masalah untuk memenangi perlumbaan pada dua hari tersebut.

Kedudukan mata keseluruhan akan diberi apabila keluar secara rasmi oleh pihak penganjur. Pusingan ke-4 MSBK dijangka akan berlansung pada bulan September ini, diharap peminat-peminat sukan permotoran dapat memberi sokongan dan meramaikan program perlumbaan tempatan ini. Majulah sukan untuk negara.