MSBK: Pertarungan Pusingan Terakhir Musim 2017

Pirelli Malaysia Superbike Championship (MSBK) 2017 sudah tiba di pusingan terakhir pada hujung minggu ini, pada hari Sabtu adalah sesi latihan dan sesi kelayakan untuk semua kelas. Manakala pada hari Ahad akan berlansung dua perlumbaan bagi setiap kategori yang menyaksikan pertarungan hebat diantara Jonathan Serapica (Swiss) dan Mohd Hafiz Nor Azman yang akan menentukan juara keseluruhan untuk kategori Superstock.

Disamping itu juga penglibatan pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah yang akan berlumba untuk pasukan SKM Speed untuk kategori Superbike, Beliau yang memutuskan untuk menyertai pusingan terakhir ini adalah kerana ingin mengatasi catatan masa yang dilakukan beliau sebelum ini dengan 2:09saat. Tetapi tidak dilupakan juara keseluruhan kategori Superbike Muhammad Farid Badrul Hisam yang akan memberikan cabaran buat Hafizh Syahrin.

Berikut adalah pungutan mata keseluruhan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Kejohanan Superbike
1. Muhammad Farid Badrul Hisam (BMW HP4) 170 pts
2. Rajini Krishnan (Kawasaki ZX10R) 117
3. Jouni Karhu (Kawasaki ZX10R) 94
4. Khoo Chee Yen (Suzuki) 93
5. Mark Kendle (Kawasaki ZX10R) 84

Kejohanan Superstock
1. Jonathan Serrapica (Yamaha R1) 158 pts
2. Mohd Hafiz Nor Azman (Honda CBR1000R) 135 pts
3. Nasarudin Mat Yusop (BMW S1000RR) 98 pts
4. Keith Parrot (Yamaha R1) 83 pts
5. Adib Zulfadly Rosdin (Kawasaki ZX10RR) 82 pts

Kejohanan Supersport
1. Ismael Smajli (Kawasaki ZX6R) 164.5 pts
2. Khurana Dhiraj (Honda CBR600) 104 pts
3. M. Iqbal Quzaimy Azhar (Yamaha R6) 102 pts
4. Azlan Shah Kamaruzzaman (Kawasaki ZX6R) 78 pts
5. Chua Soon Wei (Yamaha R6) 63.5 pts

Kejohanan Open 250
1. Muhammad Aiman Tahiruddin (Yamaha R25) 135 pts
2. Muhammad Jazil Juraimi (Kawasaki 250) 112 pts
3. Luth Harith Erwan (Honda CBR250R) 110 pts
4. M. Vishwadev (Kawasaki 250) 89 pts
5. Khairul Anwar Jamil (Honda CBR250R) 74 pts

KTM RC CUP – ORANGE CLASS
1. Muhammad Ibrahim Norrodin (KTM) 164 pts
2. Muhammad Izam Ikmal (KTM) 150
3. Ahmad Idham Khairuddin (KTM) 101
4. Zhou Sheng Jun Jie (KTM) 84
5. Md Aiman Nabil Shaharum (KTM) 79 pts

Masuk adalah percuma untuk Main Grandstand, manakala untuk melihat dengan lebih dekat pass paddock ada dijual dengan RM85 di pintu masuk Paddock.