MSBK: Persiapan Pusingan ke-4 oleh Pasukan ARD

Persiapan perlumbaan Malaysia Superbike Championship untuk pusingan ke-4 sudah mula dijalankan, dimana acara ini akan berlansung selama 2 hari pada hujung minggu di litar Sepang. Seperti biasa 5 kategori dipertandingkan Superbike, Supersport, Superstock, Open 250 dan KTM RC 390 yang melibatkan dua perlumbaan (Race1 & Race2) bagi setiap kategori.

Pasukan ARD merupakan satu pasukan yang menghantar banyak penyertaan dalam kategori Supersport, pada pusingan ke-3 mereka telah menghantar 8 pelumba untuk beraksi di MSBK. M. Iqbal Quzaimy Azhar merupakan pelumba utama yang kini berada di kedudukan ke-3 (76 mata) keseluruhan di belakang pendahulu kejuaraan Ismael Smajli (132 mata) dari pasukan BikeArt bagi kategori Supersport. Iqbal yang gagal menghabiskan perlumbaan ke-2 pada pusingan 3 membolehkan Khuran Dhiraj memotong kedudukan mata keseluruhan beliau.

Pada pusingan ke-4 ini pengurus pasukan ARD menyatakan masih lagi menghantar 8 pelumba untuk beraksi bagi bersaing dalam kategori Supersport, jentera pasukan ARD ini pula terdiri daripada Yamaha R6, Suzuki GSXR 600 dan Honda CBR 600RR. Manakala pelumba mereka bukan terdiri daripada pelumba tempatan malahan juga dari luar negara seperti China dan India yang gemar dengan penetapan yang dibuat pada jentera oleh pasukan ARD.

Azhar Othman – “Pelumba kami akan melakukan yang terbaik untuk perlumbaan pusingan ke-4 ini, dengan pernambahan jentera dari kawasaki yang diminta oleh pelumba dari India menjadikan 8 pelumba yang akan beraksi dibawah pasukan ARD. Kami juga memohon peminat sukan permotoran hadir memberi sokongan buat pada hujung minggu ini.”

Pusingan ke-5 (terakhir) Malaysia Superbike Championship dijadualkan berlansung pada bulan November ini untuk memberi ruang kepada Sepang International Circuit membuat persediaan perlumbaan Formula 1 (Finale) dan MotoGP pada bulan Oktober ini.