MSBK: Juara Kategori Supersport & Superbike 2017, Sudah Berpunya

Pirelli Malaysia Superbike Championship pusingan ke-4 yang berlansung pada hujung minggu baru-baru ini. Berikut adalah laporan penuh seperti biasa 5 kategori dipertandingkan dan 2 perlumbaan bagi setiap kategori yang telah berlansung pada hari ahad. Perlumbaan tersebut boleh ditonton secara lansung melalui Sepang Circuit Facebook serta peminat juga boleh melihat secara terus di Litar Sepang dengan masuk secara percuma pada Grandstand dan harga pass RM88 untuk memasuki paddock bagi melihat secara lebih dekat jentera dan pelumba yang mengambil bahagian pada kejohanan ini. MSBK ini telah berjalan dengan lancar dengan keadaan cuaca yang baik dan suhu litar yang agak baik walaupun hujan renyai turun buat seketika.

Kategori

1)Superstock (A dan B)
2)Supersport (A dan B)
3)Superbike (A dan B)
4)KTM RC390 (Orange dan Silver)
5)Open 250 (A dan B)

Superstock

Kategori Superstock, Mohd Hafiz Nor Azman telah berjaya memenangi perlumbaan 1 dan 2 manakala pendahulu mata keseluruhan Jonathan Serrapica hanya berada di tempat ke-3 untuk perlumbaan pertama dan tempat ke-2 untuk perlumbaan kedua. Mohd Hafiz Nor Azman kini sedang merapatkan jurang mata kejohanan dengan perbezaan 23 mata dari Jonathan Serrapica dari Switzerland, ini kerana beliau tidak bertanding pada pusingan pertama pada bulan March lepas.

Supersport

Azlan Shah Kamaruzaman dan Fakhrusy Syakirin Rostam, dua pelumba yang hebat sukar dicabar. Azlan Shah memang tidak asing merupakan, bekas pelumba Moto2 dan kini di kejohanan ARRC sebagai pendahulu mata kejohanan 600cc. Fakhrusy pula dari pasukan SCK Rapido Hi Rev Honda Racing kini menyertai kejohanan Malaysia Cub Prix dalam kelas CP150. Azlan mengungguli kedua-dua perlumbaan dengan mudah sehingga lebih dari 1 pusingan, tetapi pendahulu kejohanan Ismael Smajli dari German berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi beliau pada tahun lalu untuk kategori 600cc Supersport ini. Naib juara Khurana Diraj hanya mengutip 104 mata, dengan perbezaan 50 mata menjadikan Ismael juara bagi kategori Supersport ini.

Superbike

Muhammad Farid Badrul Hisam berjaya menjadi juara keseluruhan bagi kategori Superbike ini bermakna Rajini Krishnan dari pasukan Chia PJ Kawasaki yang berasal dari India tidak dapat mempertahankan kejuaraan yang dimenangi beliau pada tahun 2016. Farid Badrul Hisam berjaya mengumpul 170 mata berbanding Krishnan 117 mata. Tetapi perlumbaan pertama Superbike semalam berjaya dimenangi oleh Ramdan Rosli yang merupakan bekas pelumba CEV Moto2.

KTM RC390 (Orange dan Silver)

Pada perlumbaan pertama Billy Van Earde dari Australia berjaya memenangi posisi pertama diikuti oleh Ibrahim Norrodin tempat ke-dua untuk perlumbaan pertama dan kedua. Manakala Mohd Izam pula mengungguli perlumbaan kedua untuk tempat pertama. Kedudukan pendahulu kejohanan bagi KTM RC Cup ini masih lagi milik Ibrahim Norrodin.

Open 250

Muhammad Aiman Tahiruddin masih lagi kekal sebagai pendahulu kejohanan walaupun beliau sekadar berada di tempat ke-3 untuk kedua-dua perlumbaan yang berlansung semalam. Pesaing beliau yang berasal dari Singapura, Muhammad Jazil Juraimi pula gagal menghabiskan perlumbaan pertama manakala perlumbaan kedua sekadar berada di posisi ke-7. Ini membolehkan Aiman menjarakkan jurang mata, kejuaraan kejohanan akan diketahui pada pusingan terakhir yang akan berlansung pada bulan November.

Pusingan ke-5, pusingan terakhir yang akan berlansung pada bulan 24hb-26hb November selepas memberi laluan pada acara-acara besar seperti Formula 1 dan MotoGP pada Oktober ini. Jadi mari kita beramai-ramai memberi sokongan kepada pelumba negara.