MotoGP: Slot Terakhir LCR Honda Milik Takaaki Nakagami Musim 2018

Pada ketika ini pasukan LCR Honda hanya mempunyai seorang pelumba sahaja iaitu Cal Crutchlow, pada sebelum ini Jack Miller pernah bersama pasukan LCR selama 1 musim pada tahun 2015. Pencapaian terbaik Takaaki Nakagami yang menyertai kejohanan Moto2 bermula pada tahun 2012, beliau pernah memenangi 1 perlumbaan, 13 kali menaiki podium dan 4 kali berada di grid “pole”.

Pasukan Italtrans Racing merupakan pasukan yang pertama yang Nakagami sertai untuk  kejohanan Moto2 selama 2 tahun yang kini diwakili oleh Mattia Pasini dan Andrea Locatelli. Selama 4 tahun Nakagami bersama pasukan Idemitsu Honda Team Asia bermula 2014-2017 yang kini berbaki 7 pusingan lagi. Takaaki Nakagami yang kini berada di kedudukan ke-7 keseluruhan dengan perbezaan 128 mata oleh pendahulu kejohahan Franco Morbidelli.

Presiden Honda Racing, Yoshishige Nomura dengan sukacitanya melihat kembalinya pelumba Jepun sepenuh masa di kejohahan MotoGP setelah sekian lama. Nakagami merupakan pelumba Jepun yang pertama ke MotoGP sejak Hiroshi Aoyama bersama pasukan Aspar Honda pada tahun 2014.

credit photo – LCR Honda Tweet