MotoGP: “Saya ke KTM Kerana Stefan Pierer” – Hervé Poncharal

Herve Poncharal yang merupakan pengurus pasukan Tech 3 pernah bekerjasama bersama Johann Zarco selama dua tahun telah memberi ulasan mengenai kesukaran yang dialami oleh bekas pelumba beliau. Sepanjang lima pusingan pada musim ini, prestasi pelumba KTM sangat berbeza antara satu sama lain. Dibandingkan dengan prestasi Pol Espargaro bersama Johann Zarco adalah jurang yang sangat jauh, dimana Pol memberikan hasil perlumbaan yang lebih memberansangkan.

Pada perlumbaan baru-baru ini di Le Mans telah menunjukkan jurang tersebut, Pol Espargaro berjaya berada di kedudukan ke-6 manakala Johann Zarco di kedudukan ke-13. Paling mengecewakan jarak masa di antara mereka berdua sebanyak 30 saat dan ini adalah jarak yang sangat jauh. Herver menjangkakan Zarco mampu melakukan lebih daripada ini tetapi disebaliknya.

Herve Poncharal – “Kenapa saya tidak berasa pelik yang Miguel Oliveira mencapai keputusan yang lebih baik daripada Hafizh Syahrin. Kerana saya fikir Johann Zarco sepatutnya mampu bersaing rapat bersama-sama Pol Espargaro tetapi ianya tidak. Saya tidak dapat membayangkan situasi sekarang ini yang dialami oleh Zarco.”

Herve percaya ini adalah kerana Pol Espargaro mempunyai kelebihan 2 tahun bersama KTM yang secara pratikalnya jauh bertentangan dengan Yamaha dari segi pelbagai faktor. Herve juga tidak dapat menyangka pelumba ‘Rookie’ seperti Miguel mampu mendahului Hafizh, tetapi Miguel mempunyai kelebihan tidak pernah menggunakan sebarang jentera MotoGP. Sebaliknya Hafizh juga mempunyai masalah pada tetapan jentera KTM yang berbeza dari Yamaha.

Herve Poncharal – “Stefan adalah sebab mengapa bertahun-tahun saya bersama Yamaha dan menandatangani KTM meninggalkan Yamaha. Saya suka orang yang bercita-cita tinggi, Stefan menyatakan hasrat beliau untuk memenangi kejuaraan kelas utama premier MotoGP. Saya tahu beliau ingin mencapai cita-cita tersebut secepat yang boleh.”

Herve Poncharal – “Seperti Johann Zarco pada tahun lalu pernah ‘pole’ dan menaiki podium, kini beliau berada jauh daripada semua itu. Ramai pelumba yang ingin bersama pasukan pengeluar (factory), tetapi bukan sekadar hanya mencari tetapan yang sempurna. Membimbing mekanik juga adalah satu faktor utama untuk ke hadapan, Zarco perlu bekerjasama.”

Berita mengenai Brad Binder bakal menggantikan kedudukan Hafizh Syahrin yang prestasi beliau semakin merosot juga telah dijawab Herve.

Herve Poncharal – “Saya sangat kecewa dengan keputusan Hafizh, Beliau juga turut kecewa. Pertukaran Brad Binder menggantikan Hafizh tidak masuk akal, kami masih lagi mempunyai beberapa perlumbaan. Matlamat Binder perlu memberi tumpuan mengejar kejuaraan Moto2 kemudian selangkah ke MotoGP.”

Perlu diingat Hafizh adalah satu-satunya pelumba Malaysia yang layak beraksi di kejohanan kelas premier ini, tiada pelumba Malaysia yang mampu untuk bersaing dalam masa terdekat ini. Masih lagi dalam proses pembikinan yang mengambil masa 3 ke 4 tahun.