MotoGP: Rossi akan “menghancurkan dirinya” dengan mentaliti lama – Dovizioso

Di abad ini dengan kehadiran pelumba yang meningkat lagi-lagi didalam MotoGP yang masih muda dan berbakat. Valentino Rossi yang telah berjaya menjadi juara dunia sebanyak tujuh di kelas utama GP, beliau juga telah disenaraikan sebagai persaing terbaik sepanjang zaman ketika di kelas utama GP.

Walaupun cabaran semakin kuat dan kemenangan secara individu sukar dicapai dalam beberapa tahun ini, pelumba yang berasal dari Itali ini masih lagi memberikan persaingan yang sengit dan berprestasi tinggi. Dovizioso menganggap Rossi kini sudah belajar menerima erti kekalahan kerana beliau ketandusan 10 tahun untuk memenangi perlumbaan di Austin.

Andrea Dovizioso – “Beliau mengubah mentaliti, beliau terpaksa melakukan dan sememangnya beliau bijak. Jika Rossi masih berlumba seperti 10 tahun lalu mungkin beliau akan terkandas ketika ini. Tetapi beliau bijak, mula menyedari untuk menerima kekalahan dengan cara yang sama dan mula mengubah dirinya. Berumur 40 tahun, lihat apa yang beliau berjaya lakukan dalam dua tahun ini sehingga setanding dengan rakan sepasukannya Maverick Vinales.”

Perbezaan umur tujuh tahun lebih muda mengatakan yang beliau tidak akan meletakkan diri beliau sama seperti rakan senegaranya untuk terus berlumba ketika umur mencecah 40 tahun. Pelumba Ducati ini mula berlumba dikelas utama GP pada tahun 2008 belum lagi berjaya bergelar juara dunia GP, memenangi 12 perlumbaan dalam tiga musim terakhir sehingga kini.

Andrea Dovizioso – “Saya tidak terfikir untuk terus berlumba ketika berumur 40 tahun, bukan kerana saya tidak mampu melakukanyan tetapi bukan itu matlamat saya. Semua orang bijak membuat keputusan mereka sendiri, tetapi Rossi mempunyai peluang untuk memutuskan untuk berlumba ataupun tidak. Tetapi beliau melakukannya dengan baik dan tanpa MotoGP, beliau rasa sesuatu yang tidak lengkap.”

Andrea Dovizioso – “Walaupon beliau tidak memenangi (gelaran) selama bertahun-tahun, beliau sanggup berhabis-habisan bertarung bersama pelumba yang lebih muda yang kuat. Itu terpulang pada hak masing-masing, macam saya ingin berlumba di Motorcross selepas ini. Jadi jika anda sudah memenangi sembilan kejohanan dunia (seperti Rossi – tujuh kelas utama, satu dalam 125cc, satu dalam 250cc), saya tidak akan lagi berada didalam MotoGP.”