MotoGP: “Rossi adalah lagenda yang masih berlumba, Kami tidak mahu…” – Dato Razlan

Nasib pelumba lagenda yang berusia 41 tahun kini masih tergantung untuk musim 2021. Tempat beliau telah diisi oleh Fabio Quartararo oleh pasukan Yamaha Kilang, ini bermakna Rossi terpaksa mencari pasukan jika ingin berlumba. Ada yang menyatakan dengan permasalah ekonomi dan COVID19 ini beliau sepatutnya bersara pada 2021, tetapi Rossi masih mahu kekal berlumba di MotoGP. Dato Razlan mengakui bahawa beliau masih belum lagi berbincang bersama Rossi tetapi hanya melakukan perbincangan bersama Yamaha dan Petronsa tentang perkara ini.

Perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih teliti kerana melibatkan krew Valentino Rossi yang perlu dibawa ke pasukan Petronas. Dato Razlan menyatakan pasukan ini baru berusia dua tahun dan sukar untuk mengubahnya demi satu orang.

Dato Razlan – “Rossi ada lagenda yang masih berlumba, kami tidak mahu mengubah segalanya hanya untuk kehadiran beliau. Pada tahun depan kita akan kembali dari tahun yang sangat buruk dan bagi Rossi yang merupakan juara dunia sembilan kali, tidak baik baginya untuk bersara dalam situasi sebegini. Kita akan cuba memberikan yang terbaik untuk beliau berlumba. Kita telah melakukan beberapa perbincangan dengan Yamaha, kami perlu membincangkan dari segi aspek teknikal jika Rossi menyertai kami dan kami juga telah berbincang dengan Petronas mengenai kehadiran Rossi ke pasukan ini”

Ini adalah titik penting untuk mencapai kesepakatan, tetapi nampaknya mustahil untuk diselesaikan. Dato Razlan juga mengesahkan ada lagi beberapa berita, yang pertama adalah mengenai pilihan pelumba pada musim 2022. Selain Franco Morbidelli, Petronas juga mempunyai beberapa barisan pelumba didalam pemerhatian mereka.

Dato Razlan – “Kami tidak mahu Valentino Rossi menamatkan kerjayanya bersama kami ,sebagai tahun terakhir beliau berlumba. kami mahu beliau melakukannya dengan baik, berdaya saing dan menaiki podium. Sekiranya beliau masih boleh berdaya saing dan dapat menunjukkan hasil pada usianya kini, apa-apa boleh berlaku. Jika beliau ingin meneruskan lagi dan memperbaharui perjanjian juga boleh dibincangkan. Kami masih memegang Franco Morbidelli dan sekiranya Rossi menyertai kami maka perlu dipertimbangkan, tetapi Morbidelli adalah pelumba utama kami 2020 dan 2021”

Sambungnya lagi

Dato Razlan – “Saya ada berbual dengan Lorenzo ketika ujian pra musim di Sepang, beliau kelihatan bersemangat dan bertenaga. Beliau memang ada bertanya kepada saya, tetapi saya tidak komited pada masa itu kerana masih terlalu awal. Semua orang mahu menunggang Yamaha jadi biar Lorenzo menggunakannya selaku ‘Wild Card’ buat masa ini. Ini bukan tahun biasa sekarang jadi sukar bagi kita untuk mempertimbangkan Lorenzo. Saya percaya bahawa Ogos adalah tarikh akhir untuk kami mengumumkan pelumba kedua”

Membawa krew pasukan dari Rossi adalah tidak mustahil kerana Fabio Quartararo juga ada meminta sedemikian untuk membawa krew Petronas ke Yamaha Kilang. Tetapi berbincangan teliti perlu dilakukan kerana melibatkan pelbagai aspek dan pihak.

Sumber – GPOne