MotoGP: Petronas Yamaha SRT Pertimbangkan Hasrat Rossi

Ketika masih lagi bercuti kini hangat di media menyatakan perancangan Rossi pada tahun 2021 yang masih lagi ingin berlumba dan kekal dalam MotoGP. Tetapi beliau menyatakan hasrat ingin bekerjasama dengan pasukan satelit Yamaha Petronas SRT. Di jangkakan 2021 akan ada perubahan besar-besaran, Fabio Quartararo akan ke Yamaha Factory besama Maverick Vinales tetapi semua itu masih lagi dalam perancangan Yamaha. Begitu juga pelumba Veteran Valentino Rossi yang masih ingin berlumba di usia 41 tahun pada musim 2020 ini menyampaikan hasrat beliau untuk berlumba bersama pasukan Yamaha Petronas SRT.

Dato Razlan juga telah memberi respon yang positif terhadap perancangan ini tapi beliau juga mengesahkan masih belum ada apa-apa perancangan perjanjian bersama Valentino Rossi.

Dato Razlan – “Jika Rossi berlumba untuk Petronas ini bermakna adalah tahun terakhir beliau dalam MotoGP, jadi ini adalah satu peluang yang baik buat pasukan dan Petronas dari segi pemasaran. Sejarah karier Valentino Rossi akan tertulis beliau pernah bekerjasama dengan Petronas.”

Kontrak Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo akan berakhir pada penghujung musim 2020, masih belum ada pengganti ataupun disambung kontrak mereka. Tetapi siapa yang tidak mahu bekerjasama dengan pelumba terhebat seperti Valentino Rossi, jika boleh dimanfaatkan sedikit sebanyak pengalaman beliau untuk mengukuhkan lagi pasukan. Jika Rossi ke Yamaha Petronas SRT, adakah Franco Morbidelli akan kekal bersama Guru beliau ataupun ada pelumba lain yang lebih layak untuk menjadi rakan sepasukan Valentino Rossi.