MotoGP: Persiapan Sebelum Ujian Pra-Musim di Sepang

Minggu ini adalah minggu permulaan yang penuh dengan kesibukan oleh para pelumba dan setiap pasukan MotoGP dengan majlis pelancaran juga persiapan untuk ujian pra-musim 2020 di Sepang. Setakat ini hanya lima pasukan yang sudah membuat majlis pelancaran jentera mereka diturut serta pelumba masing-masing. Setiap para pelumba juga telah melakukan sidang media untuk persiapan dan juga sasaran mereka pada musim ini.

Valentino Rossi – “Pasukan VR46 bersama Yamaha? Itu adalah mustahil kerana kami tidak memiliki wang yang banyak (ketawa). Saya akan cuba yang terbaik pada musim ini dan akan membuat keputusan selepas 5 ke 7 pusingan. Pilihan yang saya ada pada musim 2021 adalah bersama Petronas kerana saya tidak mempunyai masa untuk berubah kepada jentera lain selain Yamaha.”

Yamaha memilih Fabio Quartararo adalah sebagai langkah mencari pelumba muda yang berbakat bagi meneruskan legasi Yamaha. Yamaha menggangap bahawa Maverick Vinales dan Fabio Quartararo ada pelumba muda yang berbakat pada ketika ini, jadi mereka harus bertindak pantas untuk memastikan dua pelumba tersebut bersama mereka sehingga 2022. Manakala kenyataan Jorge Lorenzo juga sedikit sebanyak mengejutkan media.

Jorge Lorenzo – “Berlumba sebagai Wild-Card ada satu tawaran yang baik, terutamanya di Jerez ataupun Barcelona. Saya gembira dapat menunggang jentera Yamaha, tidak mustahil saya akan kembali berlumba pada 2021 (sambil tersenyum)”

Manakala Petronas sangat bangga dengan pencapaian Fabio Quartararo kerana akan ke Yamaha Monster pada 2021. Mereka menyokong penuh tindakan Lin Jarvis memilih beliau untuk menerajui Yamaha bersama Vinales, kerana mereka berdua layak. Dato Razlan juga ada memberitahu cadangan SIC kepada CEO Dorna untuk melihat suasana malam di Litar Sepang pada tahun ini. Beliau cuba memberi cadangan berlumba di waktu malam pada 2021 di Sepang kerana pada tahun tersebut Indonesia turut menganjurkan perlumbaan Grand Prix. Tetapi beliau menyatakan itu adalah satu cadangan sahaja.

David Brivio – “Kami belum menandatangani apa-apa perjanjian terbaru terhadap Alex dan Mir, kami hanya berbincang dan mereka gembira untuk kekal bersama Suzuki. Kami sangat gembira bekerjasama dengan Alex dan Mir juga berbangga kerana mereka dalam pemerhatian pasukan Ducati pada masa ini. Bagi kami yang utama adalah meneruskan projek ini berjalan lebih lancar, berada di kelompok lima terbaik adalah sasaran minima kami.”

Semalam majlis pelancaran Suzuki telah mengejutkan ramai pihak dengan rekaan “Livery” mereka yang berlainan daripada musim sebelum ini. Pujian telah diberikan kepada pasukan Suzuki di atas kelainan ini berbanding daripada pasukan lain. Berbalik kepada keputusan hasil ujian doping Andrea Iannone telah ditangguh kepada 10 hari lagi dan menyebabkan beliau terlepas ujian pra-musim di Sepang pada hujung ini.

Pada hari ini akan berlansung ujian pra-musim 2020 di Sepang, ujian ini akan berlansung selama tiga hari untuk setiap pasukan dan pelumba menguji jentera mereka. Hanya simulasi penetapan jentera, tayar dan juga pelumba yang diberi tumpuan sepanjang tiga hari ini. SIC juga membuka Grandstand untuk pengunjung menyaksikan sendiri ujian Pra-Musim ini.