MotoGP: Perlumbaan Pertama April Ini di Sepang, Wajarkah?

Akibat COVID-19 yang kini hampir ke Zon Merah di seluruh Dunia, maka perlumbaan MotoGP yang sepatutnya berlansung pada hujung minggu lalu di Qatar telah dibatalkan. Perubahan jadual sehingga bulan April ini yang sepatutnya akan bermula di Austin, Amerika. Tetapi berkemungkinan juga akan dibatalkan kerana Amerika sudah mula menghalang kemasukan pengunjung luar. Ketika ini Itali antara negara eropah yang paling terjejas dengan permasalahan COVID-19 ini. Itali juga telah menutup 25% sebahagian daripada negara mereka, dan diikuti oleh Sepanyol bagi membanteras masalah COVID-19 ini.

Usaha Dorna yang telah mengubah jadual juga dikatakan tidak dapat membantu, Dorna juga sanggup mengubah lagi jadual dan sekiranya perlu pada hari Natal juga mereka akan berlumba. Demi menjaga pihak television dan penaja-penaja, ikhtiar terakhir Dorna adalah membatalkan terus MotoGP musim 2020.

Daripada hasil kaji selidik peminat-peminat di Malaysia, mereka ingin menonton perlumbaan dua kali di Sepang. Tetapi risiko-risiko juga harus difikirkan demi keselamatan rakyat di Malaysia. Kini di Malaysia pula juga menunjukkan peningkatan jangkitan COVID-19 yang mendadak, dan baru-baru ini dua pesakit dikatakan kritikal. Jadi adakah KKM akan memberi lampu hijau untuk SIC menganjurkan perlumbaan MotoGP ini.

photo – PecinoGP