MotoGP: Peminat Tegar Raikan Hafizh Syahrin Yang Membanggakan Pada Sesi Latihan

Selepas bercuti selama 3 minggu bermulanya penggal kedua MotoGP musim 2018 di Litar Brno Republic Czech. Seperti biasa tiga kategori menjadi tumpuan peminat-peminat MotoGP di Malaysia. Adam Norrodin yang berjaya berada di posisi ke-6 pada sesi latihan kedua, Khairul Idham Pawi di posisi ke-19 yang menunjukkan peningkatan besar pada pelumba negara. Tetapi kejutan yang diberikan hari ini adalah pelumba utama negara Hafizh Syahrin, beliau telah mengejutkan peminat serta dunia pada hari pertama di Brno.

Pada sesi latihan pertama disebelah pagi Hafizh sudah mula menunjukkan yang beliau menjadi 10 terpantas sehingga 2 minit sebelum berakhirnya sesi latihan pertama dengan berada di posisi ke-13 dengan perbezaan 0.781 saat di belakang rakan sepasukan beliau Johann Zarco yang berada di posisi pertama.

Pada awal sesi latihan kedua Hafizh sekali lagi melakukan masa terpantas di kelompok 10 terbaik, pada 4 minit sebelum berakhirnya sesi latihan kedua Hafizh cuba untuk tersenarai dalam 10 pelumba yang layak ke Q2. Walaupun keputusan untuk berada di Q2 adalah selepas sesi latihan ketiga, tetapi sesi latihan kedua juga amat penting untuk menjadi 10 terpantas. Hafizh berjaya berada di posisi ke-3 dan mempunyai satu lagi peluang sebelum berakhirnya sesi latihan. Beliau bersama-sama Valentino Rossi masing-masing cuba untuk memintas masa yang lebih baik dan Hafizh berjaya membuat catatan masa 1:56.200 untuk berada di posisi ke-4 sehingga tamat sesi latihan. Manakala rakan sepasukan beliau berada di posisi ke-9.

Esok masih ada lagi sesi latihan ketiga sebagai penentu beliau untuk ke Q2, sesuatu yang beliau cuba buktikan semenjak bermulanya perlumbaan pada musim ini di Qatar lagi. Seperti yang kita tahu Hafizh Syahrin jarang menyerlah ketika sesi latihan, dan sebenarnya sesi latihan kedua dan ketiga adalah sangat penting untuk pelumba MotoGP untuk melepasi sesi kelayakan Q2 tanpa perlu melalui sesi kelayakan Q1 yang hanya memerlukan 2 pelumba terbaik untuk melangkah ke Q2. Nakagami, Franco adalah antara pelumba ‘Rookie’ yang selalu membuat catatan masa terpantas ketika sesi latihan dan kelayakan tetapi semasa hari perlumbaan mereka sukar untuk bersaing dengan pelumba yang lebih berpengelaman. Ini berlainan dengan Hafizh Syahrin yang lebih menyerlah ketika berlumba kerana beliau mampu untuk memintas pelumba lain.

Peminat meraikan adalah kerana mereka tahu betapa sukarnya untuk di kelompok 12 pelumba terbaik pada sesi kelayakan. Jadi keputusan catatan masa Hafizh Syahrin pada hari ini adalah sangat membanggakan dan perlu diraikan untuk memberi semangat buat beliau pada esok harinya.

photo – Monster Yamaha Tech 3