MotoGP: Pelumba Malaysia di Setiap Kelas Motorcycle Grand Prix 2018

Pada minggu ini banyak kabar angin mula tersebar menyatakan Hafizh Syahrin adalah antara calon pengganti Jonas Folger untuk pasukan Yamaha Tech 3. Ditambah pula baru-baru ini oleh penulis-penulis MotoGP yang terkenal juga menyatakan Hafizh Syahrin calon pengganti Jonas Folger. Walaupun kenyataan rasmi masih belum diumumkan tetapi sedikit demi sedikit petunjuk mula menyusul.

Jika dilihat pada artikel sebelum ini mengenai pengganti Hafizh Syahrin untuk pasukan SIC Racing Moto2, tidak lama kemudian di Instagram Zulfahmi Khairuddin yang terbaru beliau kelihatan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA bersama adik beliau. Penerbangan tersebut bukan menjadikan beliau sebagai suspek utama dalam spekulasi dengan pemergian Hafizh ke MotoGP, tetapi Hafizh Syahrin telah memberi komen pada status Zulfahmi, “Jumpa nanti yer bro”. Ini bermakna Zulfahmi dalam perjalanan menuju ke lokasi Hafizh dan Adam Norrodin. Adakah beliau pergi kesana hanya untuk bersama-sama melakukan aktiviti latihan ketahanan bersama Aleix Santacreu atau berjalan-jalan makan angin seorang diri.

Motortvmy pernah berjumpa dengan Zulfahmi pada ujian pra-musim MotoGP yang baru-baru ini. Beliau memberitahu perkembangan mengenai program “Impian ke MotoGP” dibawah penglolaan beliau bersama Sepang International Circuit. Latihan-latihan yang dilakukan pada litar Sepang, Go-Kart Sepang dan Litar Elite untuk melatih pelumba yang terpilih.

MotoGP musim 2018 hanya tinggal beberapa hari lagi, diantara pelumba Malaysia yang sememangnya akan menyertai pada musim

  1. Hafizh Syahrin – SIC Racing (Moto2)
  2. Khairul Idham Pawi – Idemitsu (Moto2)
  3. Adam Norrodin – Petronas Sprinta (Moto3)

Diantara yang menjadi tanda tanya masih belum ada kenyataan rasmi, hanya tunggu sahaja kenyataan rasmi.

  1. Hafizh Syahrin – Yamaha Tech 3 (MotoGP)
  2. Zulfahmi Khairuddin – SIC Racing (Moto2)

Jika yang dinyatakan sudah rasmi, maka pada setiap kategori kelas dalam MotoGP, Malaysia mempunyai pelumba yang akan berentap. Bilangan peminat juga akan bertambah serta jualan tiket pada MotoGP Sepang akan habis dengan pantas.