MotoGP: “Marquez, tetap pilihan juara tahun ini..” – Valentino Rossi

MotoGP 2019 baru bakal masuk ke pusingan ke-4, jelajah Eropah yang bermula di Jerez pada minggu hadapan. Ketika di Austin Amerika MotoGP dikatakan seimbang dan kenyataan ini keluar dari mulut pelumba veteran iaitu Valentino Rossi sendiri. Beliau kini yang berada di kedudukan ke-2 kejohanan tampak gembira untuk podium kedua beliau pada tahun ini, walaupun tidak dapat memenangi perlumbaan di Austin tetapi beliau kelihatan ceria.

Valentino Rossi – “Marc Marquez tetap menjadi pilihan juara bagi saya, beliau berjaya berada di posisi ke-2 di Qatar dan mendominasi perlumbaan di Argentina. Manakala di Austin beliau masih lagi menjadi pilihan untuk memenangi perlumbaan jika tidak mengalami kemalangan.”

Valentino Rossi – “Ketika ini ada 4 pelumba dalam lain-lain pasukan yang cuba bersaing rapat, jadi kini ianya sangat seimbang. Malahan sesuatu boleh berlaku seperti Dovizioso yang tidak berjaya untuk bersaing di peringkat Q2. Jika Marquez tidak menghadapi kemalangan ketika di Austin sudah tentu beliau akan mendahului dengan jarak mata yang besar tetapi situasi sekarang sememangnya seimbang.”

Rossi kini lebih menitikberatkan untuk memberi tumpuan pada setiap pelumbaan, serta cuba memenanginya. Ini kerana Yamaha cuba untuk menjadi lebih kompetitif dalam kejohanan ini, serta tidak akan memberi jalan mudah buat pengeluar-pengeluar yang lain.

Ketika di Austin dengan kejatuhan Marquez tetapi kemenangan pula berpihak kepada Alex Rins. Ini meletakkan Alex Rins dan Suzuki juga kini berada juga bersaing untuk merebut gelaran kejohanan GP 2019. Menjadi persoalan kitika ini, dimana pelumba seperti Maverick Vinales, Danilo Petrucci yang sepatutnya berada di kelompok 4 pelumba yang sedang berebut gelaran kejohanan.