MotoGP: Marquez Sekali Lagi Berjaya Menundukkan Lorenzo

Sepang International Circuit (SIC) telah mengadakan aktiviti istimewa untuk pelumba MotoGP,  iaitu Jorge Lorenzo bekas juara dunia MotoGP 2016 dan juga Marc Marquez pendahulu mata keseluruhan kejohanan MotoGP 2017. SIC juga telah menjemput dua orang bekas pemain badminton negara Rashid Sidek dan Yap Kim Hock sebagai rakan sepasukan mereka. Aktiviti perlawanan badminton persahabatan ini telah diadakan di Velodrome Negara, Nilai Negeri Sembilan pada hari ini.

Sebelum ini SIC telah mengadakan aktiviti yang berunsurkan permotoran, tetapi pada kali ini SIC cuba membawa kelainan dengan mengadakan perlawanan badminton persahabatan diantara Ducati dengan Honda Repsol. Aktiviti ini dimulakan memanas badan serta tunjuk ajar cara-cara permainan dari bekas pemain badminton negara.

Pada set pertama Rashid digandingkan bersama Marc Marquez manakala Lorenzo dan Yap Kim Hock, perlawanan santai ini sangat mencuit hati penonton yang hadir. Rashid dan Marquez berjaya memenangi set pertama dengan 21-17, pada set kedua pula Lorenzo telah menarik diri dan diganti oleh Mick Doohan juga tewas 6-21. Sesi bergambar dan temubual juga telah diadakan bersama-sama media dan peminat.

Dato Razlan – “Mengadakan perlawanan persahabatan bersama pelumba MotoGP kerana mereka hebat dan tidak pernah tewas di litar, tidak suka dikalahkan, tetapi mari menguji kehebatan mereka ketika berada di dalam gelanggang badminton”

OLYMPUS DIGITAL CAMERA