MotoGP: Litar COTA Diturap, Morbidelli Menolak Suzuka “8 Hours”

Setelah menerima pelbagai aduan dari pelumba MotoGP mengenai struktur jalan di litar yang beralun, kini pihak penganjur telah mengambil tindakan untuk menurap / membaik pulih litar tersebut. Pada musim lalu pusingan ketiga di litar Austin, Amerika, Rossi telah menyatakan ketidak puashati terhadap litar di Austin yang terlalu beralun. Kenyataan beliau juga telah disuarakan oleh Dani Pedrosa menyatakan dengan kelajuan lebih dari 300km/j di jalan yang lurus dan beralun sebelum mengambil sudut selekoh boleh menyebabkan kemalangan.

Franco Morbidelli “rookie” dalam kategori kelas utama MotoGP kini mendahului kesemua 5 “rookie” yang lain dengan 4 mata selepas perlumbaan di Losail pada dua minggu lalu. Beliau menyatakan sangat gembira kerana dapat memberikan hasil perlumbaan yang baik pada hari tersebut. Mengekori belakang Lorenzo adalah satu kepuasan buat beliau, bila ditanya mengenai tawaran Honda untuk berlumba di Suzuka “8 Hours”, beliau telah menolaknya dan ingin memberi tumpuan sepenuhnya pada MotoGP.

Manakala Danilo Petrucci pula telah berazam untuk memberi saingan pada musim ini kerana beliau ingin merebut peluang untuk berlumba di bawah pengurusan pasukan Ducati (pengeluar). Beliau menjangkakan ada satu slot kosong dalam pasukan pengeluar Ducati pada musim hadapan. Beliau yang mendapat kedudukan ke-5 pada perlumbaan di Qatar yakin dapat mengekalkan momentum tersebut berbanding pelumba dari pasukan pengeluar Jorge Lorenzo.

Baru-baru ini berita mengenai Poncharal yang mengambil risiko besar kerana telah mengambil Hafizh Syahrin sebagai pegganti Jonas Folger. Beliau juga menyatakan tidak satu pun dari penaja yang kenal Hafizh Syahrin pada ketika itu, tetapi mereka mempercayai keputusan Poncharal. Poncharal juga sudah mula mengintai Hafizh Syahrin ketika beliau cuba memberi saingan pada pelumba Moto2 Tech 3, Xavi Vierge, dari situ beliau telah melihat potensi Hafizh. Kini dengan sokongan dari orang ramai dan juga mempunyai jentera yang baik, kita mesti sama-sama mencuba.

sumber – Autosport, GPOne, motorcyclenews, MotoGP