MotoGP: Kes Ketiga COVID19 Di Qatar, Perlumbaan Pembukaan Batal!

Qatar telah mengenakan sekatan masuk sementara untuk semua pelancong yang datang terutamanya dari negara Itali, menurut kenyataan pejabat komunikasi kerajaan Qatar. Langkah itu bersifat sementara kerana penyebaran COVID-19. Dua kes terbaru pelancong yang membawa COVID19 telah ditahan semalam.

Akibatnya ini FIM, IRTA dan Dorna telah mengeluarkan kenyataan pembatalan perlumbaan utama MotoGP. Ini adalah perlumbaan pembukaan buat musim 2020 yang telah dinanti-nantikan oleh pelumba dan juga peminat.

Manakala pelumba yang sedia (Moto2 dan Moto3) ada di Qatar, yang baru saja selesai ujian pra-musim terakhir mereka semalam mungkin akan meneruskan perlumbaan mereka pada hujung minggu ini. Tetapi notis penuh akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Ramai pelumba MotoGP meluahkan rasa sedih mereka kerana tidak dapat berlumba pada hujung minggu ini.

Photo – Petronas SRT