MotoGP: Kemenangan Ducati Ditentang

Suzuki, Aprilia dan KTM telah memfailkan tuntutan rasmi membatalkan kemenangan terhadap Ducati di Qatar pagi ini. Jawatankuasa FIM telah menolaknya tetapi pengeluar membuat rayuan dan akan keputusan akan diputuskan oleh FIM (mahkamah). Aduan yang mereka lakukan adalah terhadap “spoiler” kecil yang berada berhampiran tayar belakang yang berfungsi untuk mengawal suhu tayar tersebut, sememangnya tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Juruteknik FIM telah menjelaskan kepada Puig, Rivola, Leitner dan Brivio dari pasukan yang membuat tuntutan tersebut yang mereka tidak mempunyai kuasa untuk memberi keputusan secara langsung buat masa ini dan perlu menunggu sebelum perlumbaan di Argentina nanti. Oleh disebabkan itu panel-panel terlibat telah membuat tuntutan tersebut untuk dibawa ke Mahkamah FIM. Keputusan perlumbaan di Qatar pagi ini masih lagi dikekalkan oleh FIM.

Davide Tardozzi – “Kami tidak ragu-ragu untuk menyatakan yang ianya sah, Kami menganggap bahawa jentera ini telah diluluskan sejak dari hari Khamis yang lalu. Jadi tuntutan atau protes yang dilakukan oleh pengeluar lain tidak sah”

Marc Marquez – “Saya melihat jentera Ducati lebih pantas disaat tayar belakang jentera saya sukar dikawal”

Andrea Dovizioso – “Saya tidak tahu apa-apa, saya tidak mahu bercakap mengenai tuntutan tersebut”

Manakala pengeluar Yamaha pula mengambil keputusan untuk berdiam diri terhadap tuntutan yang dilakukan oleh pengluar yang lain. Kemenangan tipis Dovizioso terhadap Marquez mengimbas kembali perlumbaan pada tahun lalu, yang sememangnya “Dejavu”.