MotoGP: Kejutan Dari Pedrosa Disaat Akhir Sesi Kelayakan

Ujian kelayakan yang penuh dengan drama hari ini, Marc Marquez telah terlibat dalam kemalangan pada sesi kelayakan kedua membuat beliau terpaksa menukar jentera untuk meneruskan untuk menempah “Pole”. Marc Marquez merupakan pelumba pilihan untuk menyerlah pada hari ini, tetapi malang buat beliau. Beliau akan bermula di petak ke-6 untuk perlumbaan Ahad ini.

Disaat-saat akhir Johann Zarco cuba untuk membuat kejutan seperti di Motegi untuk berada di hadapan tetapi catatan masa beliau dipintas oleh Dani Pedrosa dengan perbezaan masa 0.017 saat, Pedrosa yang langsung tidak dianggap pencabar pada litar ini telah menunjukkan prestasi yang baik pada sesi kelayakan. Manakala Andrea Dovizioso pula akan bermula di petak ke-3 esok, beliau perlu menang untuk menyekat peluang Marc Marquez bergelar Juara Dunia di Sepang esok.

Pedrosa – “Saya berasa sangat terkejut, saya jarang membuat “Pole” pada tahun ini. Salah satu sebab hari ini cuaca sangat baik tidak hujan, kondisi litar yang baik dan tayar yang mencengkam membuatkan jentera saya memberi respon yang baik.”

credit photo – KhairulZaiful