MotoGP: Kalendar Lengkap Ujian Pra-Musim 2019

Seperti biasa ujian pra-musim akan diadakan pada litar-litar yang terpilih sebelum bermulanya musim MotoGP secara rasmi. Valencia, Jerez, Sepang dan Qatar adalah lokasi yang sememangnya menjadi litar untuk setiap pasukan melakukan ujian pada jentera mereka. Selepas perlumbaan di Valencia, setiap pasukan diberi 3 hari untuk melakukan ujian terhadap jentera mereka serta perubahan pelumba dan pasukan yang mereka akan bekerjasama pada musim hadapan.

Sepang akan menjadi lokasi pertama pada tahun 2019 untuk ujian pra-musim atau lebih dikenali “Winter Test”. Diikuti lokasi terakhir di Qatar sebagai persiapan terakhir sebelum bermulanya musim 2019. Jadual lengkap ujian pra-musim telah dikeluarkan oleh Dorna pada hari ini untuk kategori MotoGP, Moto2, Moto3 & MotoE.

Tarikh ujian Pra-Musim untuk kategori MotoGP

Valencia Test: 20 – 21 November 2018
Jerez Test: 28 – 29 November 2018
Sepang Shakedown: 1 – 3 Februari 2019
Sepang Test: 6 – 8 Februari 2019
Qatar Test: 23 – 25 Februari 2019

As for Moto3 and Moto2 all the tests will be in Spain, apart from the last one in Qatar. The days of testing are also planned for the newborn MotoE.

Tarikh ujian Pra-Musim untuk kategori Moto2 & Moto3 serta yang terbaru MotoE

Jerez Moto2 / MotoE Test: 23 – 25 November 2018
Jerez Moto2 / Moto3 Test: 20 – 22 Februari 2019
Qatar Moto2 / Moto3 Test: 1 – 3 Mac 2019
Jerez MotoE Test: 12 – 14 Mac 2019