MotoGP – Iannone Mahukan Kemenangan Suzuki Pada Musim 2018

Musim 2018 hampir menyusul tetapi disusuli dengan pra-ujian latihan sebanyak 3 pusingan, ianya akan bermula di Sepang, Thailand dan Qatar. Jadi, ini merupakan tahun kedua Andrea Iannone bersama pasukan Suzuki Ecstar, pelumba dari Itali ini telah memasang harapan yang tinggi pada musim akan datang ini setelah bergelut dengan jentera Suzuki pada tahun lepas. Kini beliau menyatakan sudah berada difasa mengejar kejuaraan Grand Prix pada musim 2018 nanti.

Dinyatakan pada blog pasukan Suzuki, Iannone pada mulanya menunjukkan hasil yang sangat memuaskan sejak dari pra-ujian sehingga ke diawal perlumbaan QatarGP. Tetapi beliau yang terlibat dalam pelanggaran menyebabkan tidak dapat menghabiskan perlumbaan. “Saya mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri saya bersama jentera Suzuki ini. Penggunaan jentera dari Jepun ini adalah sangat berbeza buat jurutera kami (Marco Rigamonti) dan kami terpaksa bermula dari awal” kata Iannone.

Walaupun pelbagai masalah dan rintangan yang datang, Andrea Iannone masih tidak mahu mengalah. “Kekecewaan tentu saja, tetapi kesabaran dan tumpuan yang penuh merupakan kunci kejayaan. Apabila kita berlumba untuk satu jentera dan pasukan dalam masa yang lama untuk berubah pada pasukan baru bukanlah mudah.” bilang Iannone lagi.

Pada ujian di Aragon pasukan tersebut sudah mula mengatasi masalah-masalah yang berlaku pada musim lalu, dengan menguji bahan baru serta meneliti data-data yang ada. Andrea Iannoni dan pasukan Suzuki kini cuba memberi impak terbaik pada musim 2018 nanti.

sumber – GPone

credit photo – andreaiannone29