MotoGP: Hari Pertama Ujian Pra-Musim Sepang – 12PM

Sedikit kemaskini ujian pra musim di Sepang pada pukul 12 tengah hari, dengan catatan masa 1:58.945s oleh Fabio Quartararo dari pasukan Petronas Yamaha. Apa menarik pada hari ini di mana Johann Zarco debut bersama Ducati Desmo 19, Fabio bersama M1 2020 spesifikasi yang lebih bagus dari tahun lepas.

Pada hari pertama Fabio sudah menunjukkan taring beliau untuk membuat catatan masa dibawah 1:59s. Diikuti pula rakan sepasukan beliau Franco Morbidelli dengan catatan masa 1:59.399s dan Aleix Esp 1:59.427s.

Pastikan anda mengikuti kemaskini dari kami sepanjang tiga hari ini.