MotoGP: Hafizh Syahrin & Tech 3 Semakin Serasi

Hari pertama ujian pra-musim yang terakhir di Qatar, litar antarabangsa Losail disaksikan oleh padang pasir dan diterangi lampu-lampu pada sudut-sudut litar. Ujian pra-musim terakhir yang dinanti-nantikan oleh peminat sukan permotoran di Malaysia, satu-satunya pelumba Malaysia dalam kelas utama ini. Hafizh Syahrin bermula dengan baik di posisi ke-16 dengan 1:58.905 untuk permulaan 6 pusingan terawal. Sedikit demi sedikit catatan masa beliau makin meningkat naik satu persatu memintas kedudukan di posisi ke-14 diantara 22 pelumba, sementara Kerel Abraham dan Cal Crutchlow masih belum keluar untuk melakukan catatan masa.

Pada hari pertama ini, Hafizh tampak lebih selesa dengan jentera M1 beliau juga tampak lebih selesa bersama ahli krew pasukan Tech 3. Ini adalah kali ke-4 beliau mencuba jentera M1 secara rasmi, hasil catatan masa beliau sangat membanggakan dari masa ke semasa. Dikala Pelumba Yamaha lain mula meningkatkan catatan masa dengan mengenakan aksesori tambahan (aero winglet) terbaru mereka untuk kedudukan posisi pertama dan ke-2, Hafizh juga tidak mahu ketinggalan untuk berada di kedudukan ke-14 dengan catatan masa 1:56.731. Perbezaan 1.3 saat di belakang pendahulu Jorge Lorenzo adalah tidak terlalu jauh untuk seorang yang baru menjinakkan diri bersama jentera M1 beliau.

Pada penghujung hari pertama ujian pra-musim di Qatar, Hafizh berjaya membuktikan beliau serasi dan amat sesuai untuk menjinakkan jentera Yamaha, berikutan gaya tunggangan beliau seperti Jorge Lorenzo terhadap jentera tersebut. Hafizh berada di kedudukan ke-22 dengan catatan masa 1:56:731 telah melakukan sebanyak 58 pusingan, walaupun berada di tempat 3 terakhir tapi perbezaan masa beliau dengan pendahulu Maverick Vinales hanya 1.6 saat. Bekerjasama dengan pasukan serta krew yang lebih berpengalaman juga serba sedikit dapat membantu beliau dalam meningkatkan penguasaan terhadap jentera, mengubah gaya tunggangan dan juga cara berkomunikasi diantara krew pasukan.

 

photo – Monster Yamaha Tech 3