MotoGP: Dovi Ingin Menyekat Marc Marquez

Dovizioso kini ketinggalan 33 mata dibelakang Marc Marquez yang semakin mencipta kejuaraan dunia MotoGP beliau buat kali ke-4. Marc Marquez akan bermula di petak ke-7 hari ini kerana beliau telah  mengalami kemalangan ketika sesi kelayakan seteru membantutkan beliau untuk berada di petak hadapan untuk perlumbaan hari ini. Dovizioso pula akan bermula di petak ke-3 di belakang Johann Zarco. Jentera ducati yang mempunyai kelajuan tinggi pada jalan lurus merupakan satu kelebihan buat Dovizioso untuk meninggalkan Marc Marquez pada mula perlumbaan.

Jika Marc Marquez berjaya berada di posisi ke-2 pada hari ini maka peluang Dovizioso perlu melupakan kejuaraan tahun ini, walaupun beliau berjaya memenangi perlumbaan hari ini. Valentino Rossi, Dani Pedrosa dan Johann Zarco bukan calang-calang pelumba yang bole beliau tewaskan pada hari ini.

Juara dunia MotoGP 2017 akan dapat diputuskan sekiranya Marc Marquez berada diposisi ke-2 dan keatas. Dovizioso pula akan selamat jika beliau berjaya memenangi perlumbaan dan Marc Marquez berada diposisi ke-3 dan kebawah, penentuan akan diketahui pada perlumbaan pusingan terakhir di Valencia nanti.

credit photo – KhairulZaiful