MotoGP: Dalam Diam KTM Membuat Sesi Ujian

Dani Pedrosa dan rakan sejawatnya Mika Kallio pelumba ujian bagi pasukan kilang KTM ketika ini sedang menjalani ujian di litar Jerez sebagai persediaan untuk musim 2021.

Pasukan KTM telah menganalisis kesemua data-data yang telah dikumpulkan dari mulanya musim 2020 sehingga akhir musim, dan mereka telah mendapat jawapan yang luar biasa dengan peningkatan jentera mereka pada musim ini.

Kita sedia maklum pada tahun 2018 dan 2019 pelbagai isu dikaitkan dengan jentera KTM ini. Zarco tiba-tiba umum keluar dari pasukan, Hafizh mendapat Moto Purba, Miguel Oliveira dan Pol Espargaro sering berdepan masalah jentera. Tetapi kemasukan Dani Pedrosa ke pasukan KTM, sedikit demi sedikit masalah jentera hilang dan pihak atasan mahu memberi kerjasama untuk atasi masalah yang berlaku. Mereka akur bahawa jentera mereka perlu membuat sesuatu untuk berada di depan (Ready to Race).

Apa yang terjadi musim 2020?
Dani Pedrosa bersama Mika Kallio bekerja keras bagi memastikan jentera mereka menjalani sesuatu perubahan yang ketara untuk musim 2020 dengan kerap membuat ujian keatas jentera RC16 dan tidak dijangka hasilnya, setiap perlumbaan mereka sering berada di kelompok teratas dan berjaya mendapatkan podium pertama serta memenangi beberapa kali untuk perlumbaan musim ini.

Kini mereka begitu senang sekali dengan pembaharuan yang telah dibuat pada tahun 2020 dan mereka berharap dengan peningkatan dari semua aspek untuk jentera KTM serta mempunyai pelumba-pelumba yang telah memenangi 3 perlumbaan musim agar terus cemerlang pada musim 2021.