MotoGP: Andrea Dovizioso Merampas Takhta Kejuaraan

Berakhir sudah perlumbaan British GP yang berlansung di Silverstone dimana Andrea Dovizioso sekali lagi menjuarai perlumbaan buat dua kali berturut-turut. Pada awalnya Rossi yang menguasai perlumbaan meninggalkan kelompok hadapan dengan perbezaan masa 0.8 saat sebanyak 17 pusingan. Manakala kelompok belakang yang diterajui oleh Marquez, Vinales, Dovizioso dan Cal Crutchlow berasak-asak cuba untuk mengejar Rossi. Valentino Rossi pula tampak berhempas pulas cuba meninggalkan pelumba lain tetapi ketahanan tayar beliau tidak tahan begitu tahan lama.

Maverick berjaya memotong Marquez cuba merapatkan jurang di antara Rossi, tetapi Dovi dari kedudukan ke-5 menyusur memintas Vinales dan Marquez. Dovizioso memula gerakan mengejar Rossi untuk mengekalkan kemenangan beliau yang ke-4 pada musim ini. Malang buat Marc Marquez yang tidak dapat meneruskan perlumbaan (DNF) kerana mengalami masalah pada jentera beliau. Kedudukan Dovi semakin lama semakin rapat dengan Rossi serta berjaya memintas Rossi, manakala Vinales juga berjaya memintas Rossi.

Dovizioso tampak mudah untuk meninggalkan kedua-dua pelumba Yamaha sehingga pusingan berbaki lagi 2, Maverick mula berhempas pulas untuk merapatkan diri beliau mengeja Dovizioso. Tetapi Vinales sudah terlambat kerana Dovizioso berjaya melintasi ke garisan penamat terlebih dahulu.

Valentino Rossi – “Saya berpuas hati kerana ia adalah satu perlumbaan yang hebat untuk saya. Pada permulaan perlumbaan saya mampu menunggang dengan baik dan menunggang tanpa membuat sebarang kesilapan. Saya rasa ini adalah cara yang baik untuk meraikan perlumbaan saya yang ke-300 di kelas utama MotoGP”

Maverick Vinales – “Kami telah kembali memberikan perlumbaan yang hebat, ini adalah satu keputusan yang positif dibandingkan beberapa perlumbaan sebelum ini. Kami akan cuba memberikan perlumbaan yang terbaik pada pusingan seterusnya.”

Andrea Dovizioso – “Setiap perlumbaan yang kita menang adalah berbeza dari yang lain dan ini bermakna kita benar-benar kuat serta boleh berjuang untuk memenangi kejuaraan”

Sepanjang penglibatan Andrea Dovizioso musim ini merupakan musim terbaik buat beliau. Beliau belum pernah lagi menjuarai kejohanan MotoGP. Pencapaian terbaik beliau sebelum ini pada tahun 2011 bersama pasukan Repsol Honda, kedudukan ke-3 keseluruhan kejohanan.

sumber – YamahaMotogp, DucatiMotor

credit photo – DucatiMotor