Moto3: Sesi Latihan Sudah Bermula, Adam Cemerlang

Shell Malaysia Motorcycle GP 2017 kini sudah bermula, pada hari pertama dua sesi latihan bagi setiap kelas kejohanan akan dijalankan. Sesi latihan pertama pada pukul 9 pagi hari ini untuk dimulakan dengan kategori Moto3, wakil dari Negara iaitu Adam Norrodin dan Kasma Daniel. Pada sesi latihan pertama ini adalah untuk menyesuaikan diri dan jentera terhadap keadaan jalan di litar serta untuk membuat penatapan pada jentera supaya memberikan lebih peningkatan untuk sesi latihan yang kedua.

Adam yang berjaya mendapat posisi ke-2 terpantas di belakang Joan Mir, manakala Kasma sekadar berada di posisi ke-29. Ianya masih terlalu awal untuk memberi harapan pada Kasma Daniel, beliau masih lagi mencari rentak untuk serasi bersama jentera yang ditunggang beliau ketika brlumba dikejohanan CEV. Adam tampak lebih konfiden bersama beliau pada hanya 0.2 saat di belakang Joan Mir yang mencatatkan 2’13.129 dengan kelajuan maksima 221km/j.

Sesi latihan kedua akan bermula pada pukul 1.10pm pada hari ini. Pada hari ini kemasukan ke Main Grand Stand adalah percuma. Pengunjung boleh menghadiri untuk meriahkan suasana.