Moto3: Kecundang, Tetapi Semangat Juang Adam Tinggi

Bermula di petak ke-15 Adam berjaya menyusur masuk untuk berada di kelompok hadapan bersama pelumba sepert Joan Mir, Livio Loi. Pada mulanya Jorge Martin mendahulu dengan jarak 1.2 saat di hadapan Joan Mir. Aksi kejar mengejar membuah hasil Adam berjaya berada di posisi ke-7 meningkat naik ke posisi ke-5, kedudukan yang sentiasa berubah serta gaya penunggangan yang agresif.

Pada satu ketika Adam berjaya meminta Livio Loi untuk berada di kedudukan ke-4, tetapi malang buat beliau yang kecundang di sudut selekoh satu. Beliau tidak berputus asa cuba bangkit untuk meneruskan perlumbaan. Kedudukan beliau turun ke posisi 14, beliau bangkit mengejar kelompok ketiga untuk tidak mengecewakan pengunjung yang hadir untuk melihat aksi beliau pada hari ini.

Adam yang berjaya memintas 3 pelumba meneruskan lagi perjuangan beliau untuk mengejar kelompok ke-2 mencuba untuk berada 10 terbaik pada perlumbaan hari ini. Berbaki 2 lagi pusingan beliau bertungkus lumus memberikan yang terbaik. Perlumbaan tamat dengan kemenangan Joan Mir diikuti Jorge Martin dan Bastianini. Adam berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11 manakala Kasma Daniel tidak bernasib pada pusingan terakhir, beliau tidak dapat menamatkan perlumbaan pada hari ini.

credit photo – KhairulZaiful