Moto3: Joan Mir Pecahkan Rekod Jack Miller di Sepang

Sepang, hari ini juara dunia kelas Moto3 Joan Mir berjaya menempah petak hadapan untuk perlumbaan pada hari Ahad. Joan Mir yang mencatatkan 2’12.078 dengan kelajuan maksima 223.2km/h. Manakala Jorge Martin yang mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan bebas ketiga akan bermula di petak ke-2. Joan Mir juga berjaya memecahkan rekod catatan masa yang dipegang oleh Jack Miller pada tahun 2014, dengan perbezaan masa 0.4 saat.

Pada pelumba negara Adam Norrodin akan bermula di petak ke-15 walaupun beliau tidak dapat mengekalkan momentum yang dilakukan pada sesi latihan bebas semalam. Kasma Daniel pula akan bermula di petak ke-29, perlumbaan kelas Moto3 dijadualkan akan berlansung pada pukul 12 tengah hari esok.


credit photo – KhairulZaiful