Moto2: Zulfahmi Meninggalkan Moto2 SIC Racing

Zulfahmi Khairuddin membuat keputusan untuk bersara dari kejuaraan Moto2 setelah beraksi selama empat pusingan dalam kejuaraan Moto2 musim 2019. Pelumba berasal dari Banting turut berkata, selepas perlumbaan di Jerez, beliau mendapati sukar untuk membuat sebarang peningkatan sejak dari awal musim. Setelah berfikir secara mendalam, dan mendapat persetujuan dari pihak pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin telah membuat keputusan untuk bersara dari Moto2 berkuat kuasa serta merta. Namun begitu, Zulfahmi akan turut meneruskan penglibatan sebagai mentor dalam program SIC Impian ke MotoGP.

Bekas pelumba Moto3 tersebut pernah menaiki podium sebanyak dua kali pada tahun 2012 yang sangat membanggakan negara, beliau telah dipanggil untuk menggantikan tempat Hafizh Syahrin di Moto2 sejurus pengumuman Hafizh Syahrin ke MotoGP awal musim ini.

Turut menambah, CEO Sepang, Dato’ Razlan Razali berkata, buat masa ini, pihak SIC masih lagi di dalam proses untuk mencari pengganti, dan mungkin pengganti Zulfahmi Khairuddin akan di umumkan dalam minggu ini.

Zulfahmi mungkin tidak berjaya dalam Moto2 tetapi beliau adalah sumber inspirasi pelumba muda kini di Malaysia, kini beliau dapat memberi tumpuan dalam program Impian ke MotoGP dan juga penglibatan pasukan ZK Racing dalam ARRC.